• Tue. Oct 3rd, 2023

Pusat Membeli Belah Festival CityLink Bandung

Di Bandung kini terdapat satu shopping mall yang besar diberi nama Festival CityLink. Lokasinya berada di Jalan Peta dan ia terletak di tengah-tengah bandaraya Bandung. Bangunan 4 tingkat ini mempunyai banyak kedai-kedai makan, butik dan juga ruang pameran yang sesuai digunakan untuk setiap hari.

 

Masa MrJocko ke Bandung pada bulan lepas, MrJocko menginap di Pop! Hotel, hotel butik bersebelahan dengan Festival CityLink. Lokasinya yang strategik dan di kelilingi oleh tempat menarik di Bandung memang menjadi pilihan MrJocko.

 

Di Lower Ground Festival CityLink terdapat pasaraya terbesar di Bandung yang dikenali sebagai Lotte Mart. Memang luas dan ia mungkin menyamai konsep Tesco atau AEON Big di Malaysia. Jadi, bila menginap di Pop! Hotel atau Harris Hotel bersebelahan Festival CityLink ini, anda memang akan selesa dan mudah untuk akses ke pusat membeli belah ini.

 

 

 

Festival CityLink Bandung

 

Festival CityLink Bandung

 

Festival CityLink Bandung

 

Festival CityLink Bandung

Di Festival CityLink ada banyak kedai makan dan butik outlet menarik untuk dikunjungi. Yang terkenal seperti J.Co Donut, KFC, Roppan, Baskin Robin dan banyak lagi. Nak tengok wayang pun boleh, kat sini ada pawagam. Tetapi, paling ramai di kawasan lower ground yang penuh dengan orang yang membeli belah di Lotte Mart.

 

Jadi, sekiranya anda ke Bandung, nak jimat dan mudah akses, MrJocko syorkan anda menetap di Pop! Hotel Bandung. Harga semalaman hanya seitar RM60-RM100 bergantung kepada Peak Season atau tidak. Nak book ONLINE Pop Hotel pun mudah 🙂

By MrJocko

I'm Travel Blogger Malaysia. MrJocko is a multiple award-winning travel writer, tv host, photographer and social media influencer based in Kuala Lumpur, Malaysia. Been collaborating and writing for many tourisms and travel since 2000.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.