Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Pusat Pandai Sikek Bukittinggi : Pusat Tenunan Tradisional

Kalau di Malaysia, Terengganu merupakan satu lokasi yang menjadi tarikan pelancong untuk produk kain tenunan atau pun kain songket. Kalau di Sumatera, Bukittingi juga mempunyai banyak lokasi tenunan kain tenun dan kain songket yang terkenal di sana kerana kehalusan dan kualiti hasil tenunan mereka. Tempat tenunan ini biasanya di panggil Pusat Pandai Sikek Tenun Tradisional.

Secara kebiasaannya, ramai golongan wanita di Bukittinggi ini hanya menjadi surirumah dan menjaga keluarga. Sebab itu lah, ramai antara mereka mengambil peluang untuk belajar menenun kain songket di kawasan rumah untuk dijadikan sebagai aktiviti sampingan dan juga peluang menambah pendapatan keluarga.
Ramai kaum wanita di Bukittinggi ini memang pandai dalam kerja-kerja menenun kain songket. Ia seakan menjadi satu budaya masyarakat yang mana kaum wanita mesti pandai menenun sebagai satu aktiviti kemasyarakatan sesama mereka.

MrJocko sendiri mencuba untuk menenun songket, ternyata bukan senang. Ini kerana hasil kerja songket memerlukan kesabaran dan kreativiti yang tinggi untuk menyiapkan songket yang mereka buat. Untuk saiz kain songket baju melayu sebagai contoh, ia biasanya memakan masa sehingga 3 bulan untuk menyiapkan satu kain songket dan ia di jual pada harga sekitar IDR1,800,000 sehingga IDR5,000,000 (RM500 hingga RM1,500) mengikut rekaan serta kehalusan seni songket.

Jadi, kalau anda peminat kain Songket atau tradisional, boleh beli beberapa songket di sini untuk kenang-kenangan atau sebagai oleh-oleh kawan-kawan. Kalau dah sampai sini, Bukittinggi, boleh la dapatkan harga Songket yang murah tetapi sangat berkualiti.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.