Pusat Perlindungan Gajah, Kuala Gandah
|Ini adalah entry kedua pasal Pusat Perlindungan Gajah di Kuala Gandah ataupun Kuala Gandah Elephant Orphanage Sanctuary.
Sebelum ni, tahun 2009 aku pernah cerita pasal trip kami ke sana, kali ni nak kasi details sikit apa yang kroang boleh buat kalau ke Pusat Perlindungan Gajah di Kuala Gandah ni.
![]() |
aku sedang gosok Sanom |
Kalau korang nak ke sini, aku suggest pergi hari Sabtu. Boleh ambik lebuhraya Karak dan keluar susur Tol Lanchang. Dekat saja dari KL, kira-kira satu jam setengah sahaja. Boleh pergi pagi dan pulang ke Kuala Lumpur sebelah petang. Perjalanan pun tak de la teruk kerana jalan masuk ke pusat Elephant Sanctuary ni cantik dan berturap.
Banyak aktiviti yang boleh di buat kalau dah sampai sini. Antaranya pertunjukkan Gajah, Sessi memberi makan kepada Gajah, Sessi Mandi Manda bersama Gajah, dan bagi yang berani, korang boleh menunggang Gajah keliling kawasan tersebut.
Di situ juga ada disediakan kemudahan Surau, tandas, tempat makan dan juga kedai runcit untuk keselesaan pelancong. tempat parking juga luas dan memang besar.
Masuk ke pusat perlindungan ini masa aku pergi dulu masih lagi PERCUMA, tetapi kalau korang nak bagi sumbangan peribadi, korang boleh sumbangkan seikhlas hati. Untuk info lanjut boleh masuk sini
MrJocko.com