Gerai Yang Jual Kuih Putu Bambu Sedap Di Seksyen 13 Bangi
|
Ni cerita lama, cerita masa aku dan famili jalan-jalan ke Bandar Baru Bangi, area Seksyen 13, aku lalu melepasi gerai yang menjual Putu Bambu. First time lalu, aku buat tak tahu jer. Tapi sebab berpusing-pusing mencari tenpat tujuan. Kali kedua lalu, kawasan sama, aku singgah nak lihat apa yang ada di sini. Tiba-tiba teringin nak makan Putu Bambu.
Menu Putu ni sebenarnya ada banyak jenis. tetapi yang popular ialah Putu Bambu dan Putu Mayam. Ada sesetengah Putu Bambu pulak, dibuat dengan alat moden. Yang jenis ini, masih asli, dibuat dengan batang buluh, untuk mengekalkan keasliannya, Putu Bambu.
Aku berhentikan kereta dan mintak wife pegi belikan. Rupanya ada beberapa jenis putu bambu yang dijual di sini. Ada yang ni jenis special, Putu Bambu Pandan dari Bangi dan Putu Bambu biasa. Panas-panas dan di pek dalam bekas khas. Bila makan, perghhh!!! sangat sedap.
Harga Putu Bambu seperti ini biasanya harga standard. Setiap bungkus dijual sekitar RM3.00 sahaja. Biasanya ada penjual menjual dengan harga 2 paket RM5.00 dan ia memang lebih murah dari harga biasa.
Saper yang nak cuba putu bambu, boleh cari gerai Putu Bambu Bangi ni. Keluar jer tol Bangi, korang masuk ke arah kanan, atau jam 9 mengikut bulatan Bangi. Sebelah kiri, sure korang boleh jumpa. Gerai ni bersebelahan gerai jual Buah Berangan Bakar dan boleh lihat dari jalan besar. Senang nak lihat dengan banner yang diletakkan dihadapan gerai.
Selamat mencuba Putu Bambu Bangi yang sedap.
MrJocko.com
TQ FOR INFO..:)
No Problemo
Laaa….kekadang rajin gak singgah bangi…tapi packaging dia bagus laaa