Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Pyeongchang Winter Olympics Promotion Hall Dan Gangneung Ice Arena

Sejak beberapa bulan yang lepas, promosi 2018 PyeongChang sempena dengan Winter Olympis tahun depan di Korea memang meriah di Korea Selatan. Tidak hanya di sana, promosi untuk penganjuran sukan berprestij ini dilebarkan ke seluruh dunia. Salah satu usaha mereka ialah dengan membuat promosi di Pyeongchang Winter Olympics Promotion Hall Dan Gangneung Ice Arena.

Tidak jauh dari venue sukan utama, terbina kabin yang diletakka diluar stadium sebagai hub untuk promosi 2018 PyeongChang. Ia dikenali sebagai Pyeongchang Winter Olympics Promotion Hall. Ia dibuka kepada umum dan masuk adalah PERCUMA.

Baca : Lokasi Bunga Cherry Blossoms Cantik di Pyeongchang Korea Selatan

Pyeongchang Winter Olympics Promotion Hall

 


Pyeongchang Winter Olympics Promotion Hall Dan Gangneung Ice Arena


 

Dalam promotion hall ini disediakan banyak info tentang sukan yang akan dipertandingkan di 2018 PyeongChang. Ada ruang 4 D dimana korang berpeluang untuk merasai pengalaman bagaimana perasaan atlet yang mengambil bahagian dengan ‘permainan 4D’ Ski Jump yang disediakan.

Satu sudut lain, ada bahagian dimana korang boleh cuba menyumbat Gol untuk permainan sukan Hoki Ais (Ice Hockey). Yang ni memang awesome. Memang syiok layan Hoki Ais. Lebih seronok kalau dapat score gol!!!
 

Pyeongchang Winter Olympics Promotion Hall Pyeongchang Winter Olympics Promotion Hall Pyeongchang Winter Olympics Promotion Hall

 

Satu lagi yang menarik perhatian MrJocko dan media seluruh dunia yang turut serta dalam FAM Trip ini ialah pembinaan Stadium Gangneung Ice Arena. Wow!!! Ia memang dibina cantik dan moden serta dilengkapi dengan teknologi terkini.

https://www.pyeongchang2018.com/en/pyeongchang2018/venues/venue-information/gangneun-ice-arena/view

Gangneung Ice Arena ialah stadium yang dibina khas untuk Sukan Olimpik Musim Sejuk 2018 Winter Olympics. Terletak di kawasan popular di bandar Gangneung dan akan menjadi venue dua sukan utama 2018 PyeongChang iaitu “figure skating” dan “short track speed skating”.

Gangneung Ice Arena (강릉 아이스 아레나) is an indoor ice arena which has been built for the 2018 Winter Olympics. It is located in the coastal city of Gangneung. It will be the venue for two sports: figure skating and short track speed skating. The seating capacity is 12,000. The Gangneung Ice Arena is designed to house two ice rinks (60m x 30m) for competition and training respectively. The building has four floors aboveground and two underground levels. An environmentally-friendly ice cooling system has been adopted, and the facility will be used for local recreational purposes after the Games. The cost of construction for the Olympics is 85 million USD. The facility has been inaugurated on December 14, 2016
 

Gangneung Ice Arena PyeongChang Gangneung Ice Arena PyeongChang
 

Yang menarik tentang Gangneung Ice Arena ini, kalau nak tahu, selain dari menjadi venue untuk sukan Ice Skate Speed, di tingkat bawah ini terdapat Kolam Renang. Ia juga akan dibuka kepada umum selepas Sukan Olimpik Musim Sejuk 2018.

Gangneung Ice Arena PyeongChang Gangneung Ice Arena PyeongChang
 

MrJocko memang teruja melihat Gangneung Ice Arena. Ruang dalam stadium ini memang besar dan dilengkapi dengan equipment baru dan canggih. Luas, memang luas, boleh digunakan untuk pelbagai aktiviti sebenarnya.

Yang lebih menarik, bila masuk sini, sejuk dia rasa natural. Tak macam stadium yang ada aircond. Ini kerana memang di sini cuaca sejuk. Nyaman dan suasana memang selesa.

Sesekali bayangkan jika dapat tonton sukan Olimpik di sini, dengan kemeriahan sorakan riuh rendah penyokong, mesti lebih teruja. Harap tahun depan ada rezeki untuk ke Gangneung Ice Arena lagi. Nak lihat juga sukan Ice Skate 🙂

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.