Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Queen Victoria Market Melbourne Paling Terkenal

The Queen Victoria Market Melbourne adalah lokasi wajib singgah jika anda melancong ke Melbourne. Ia berada dalam senarai tempat menarik di Melbourne yang mest anda lawati, tidak dapat tidak. Ini kerana, pasar Queen Victoria Market ini sendiri mempunyai sejarah kepesatan Melbourne itu sendiri di samping dengan pelbagai jualan barangan menarik oleh masyarakat tempatan di Melbourne.

Di sini adalah pusat jualan barangan cenderahati yang banyak dan pelbagai dengan tawaran harga yang sangat menarik dan cukup murah berbanding tempat lain di Melbourne.

Baca : Terbang Ke Melbourne dengan FlyEmirates

Queen Victoria Market Melbourne Paling Terkenal

Queen_Victoria_Market_Melbourne

Queen Victorian Market di Melbourne

Queen_Victoria_Market_Melbourne
Queen Victoria Market Melbourne Paling Terkenal

 

Queen Victoria Market Melbourne Paling Terkenal

 

  

The Queen Victoria Market (juga dikenali sebagai Queen Vic Markets atau Queen Vic, dan tempatan sebagai ‘”Vic Market“‘) adalah satu mercu tanda utama di kotaraya Melbourne, Australia. Ia berkeluasan kira-kira tujuh hektar (17 ekar) adalah pasar besar terbuka di Hemisfera Selatan, Australia. Queen Victoria Market Melbourne ini adalah penting kepada budaya dan warisan di Melbourne dan telah disenaraikan di Daftar Warisan Victoria. Pasar Queen Victoria Market ini dinamakan sempena nama Ratu Victoria yang memerintah Empayar British, 1837-1901.

 

The Queen Victoria Market di Melbourne adalah pasar abad ke-19 yang masih hidup di kawasan pusat perniagaan Melbourne. Sebelum ini, ada tiga pasar utama di Melbourne CBD, tetapi dua daripadanya,  iaitu East Market dan West Market (kedua-duanya dibuka sebelum Queen Victoria), telah ditutup pada 1960-an. 

  

Queen Victoria Market Melbourne Paling Terkenal

 

Queen Victoria Market Melbourne Paling Terkenal

 

Queen Victoria Market Melbourne Paling Terkenal

 

Queen Victoria Market Melbourne Paling Terkenal

 

 

 

 

Banyak yang menarik dijual di sini termasuk barangan cenderahati. MrJocko sempat membeli keychain, fridge magnet, t-shirt, sapu tangan dan juga sign-board custom di sini dengan harga yang sangat berpatutan. Lagi bagus kerana jika anda pandai tawar menawar, anda mungkin dapat membeli dengan harga yang lebih murah.

 

Kawasan Queen Victoria Market ini terbahagi kepada beberapa Blok dan ia termasuk kawasan menjual makanan basah seperti ayam, ikan, daging dan sayuran. Di sini juga terdapat beberapa cafe dan gerai makanan di bahagian dalam bangunan.

 

Di beberapa Blok di luar, pasar terbuka, ada gerai yang pelbagai termasuk gerai menjual buahan dan sayuran yang segar dengan harga serendah AUD0.99 satu kilogram. Sangat murah, lebih-lebih lagi buah epal, anggur, peach dan juga buah strawberry.

 

 

 

 

Queen_Victoria_Market_Melbourne
Queen Victoria Market Melbourne Paling Terkenal

 

Queen Victoria Market Melbourne Paling Terkenal
Queen Victoria Market Melbourne Paling Terkenal

 

Queen Victoria Market Melbourne Paling Terkenal

 

Queen Victoria Market Melbourne Paling Terkenal

 

Queen Victoria Market Melbourne Paling Terkenal

 

Queen_Victoria_Market_Melbourne

 

Untuk ke Queen Victoria Market anda boleh ambil Tram bandar dan boleh berhenti di depan pintu masuk utama di Stesen Victoria Market. Mudah sahaja dan ia adalah PERCUMA. Sangat mudah dan anda boleh ke sana sendirian tanpa risau kesesakkan jalan raya atau sesat.

Queen Victoria Market dibuka 5 hari seminggu iaitu pada hari :

Selasa = 6.00 am – 2.00 pm 

Khamis = 6.00 am – 2.00 pm

Jumaat = 6.00 am – 5.00 pm 

Sabtu = 6.00 am – 3.00 pm

Ahad = 9.00 am – 4.00 pm 

 

 

 

Queen Victoria Market Melbourne Paling Terkenal

 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.