Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

R & H Cafe Sate Maharani Di Muar Ada Menu Sedap

Kali kedua singgah di Muar, baru kenal dengan restoran yang terkenal di Bandar Maharani Johor ini. R & H Cafe Sate Maharani Di Muar ada menu sedap yang boleh anda cuba. Sudah pasti, yang paling terkenal di sini ialah Sate Maharani yang mula dijual sejak awal pagi, seawal sarapan pagi hingga ke tengah malam.

Memandangkan menu sate di Muar agak unik, ia menjadi salah satu tarikan yang terkenal sejak dulu lagi di restoran ini. Rasa sate maharani di Restoran R&H Cafe ini sudah pasti sedap dan memuaskan.

 


Food Review Di R & H Cafe Sate Maharani

R&H Cafe Sate Maharani Di Muar Ada Menu Sedap
 

 

Selain sate maharani Muar, ada banyak menu lain yang wajib anda cuba kalau makan di R & H Cafe ini. Antara yang pasti akan menyelerakan anda ialah menu Mee Bandung, Tauhu Bakar, Lontong dan juga Laksa Johor. Dalam menu yang ada di sini, kena cuba semuanya, baru la berbaloi singgah di Muar.

Tengok apa yang kami makan ketika rombongan media Johor Media Race 2016 yang lepas. Semua menu asli yang ada di Johor dan semestinya sedap-sedap belaka.

 

R&H Cafe Sate Maharani Di Muar Ada Menu Sedap R & H Cafe Sate Maharani Muar 04 R&H Cafe Sate Maharani Di Muar Ada Menu Sedap

 

Menu di R & H Cafe Sate Maharani Muar

Kalau di Kuala Lumpur, banyak menu yang ada di sini, tidak seasli rasa menu yang ada di Muar. Sebab itu, kalau ada peluang memang patut kita cuba.  Dah singgah di bandar Maharani Muar, restoran R&H Cafe ini adalah lokasi yang wajib anda singgah. Nak cari mudah sahaja, ia terletak berhadapan dengan stesen Bas Awam di Muar. Atau, tanya sahaja penduduk tempatan atau guna Google Maps, mesti jumpa Restoran R&H Cafe Muar.

Untuk info, ramai selebriti dan VVIP dah singgah makan kat sini. Nampaknya, ia terbukti lokasi makan yang memang sedap dan disyorkan kalau anda di Muar. Trusted Cafe katanya. Rasa dulu, anda pasti akan teruja 🙂

 

R&H Cafe Sate Maharani Di Muar Ada Menu Sedap R&H Cafe Sate Maharani Di Muar Ada Menu Sedap

2 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.