Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Rahsia Cantiknya Pulau Tengah Di Mersing Batu Batu Resort

Kepulauan Johor memang sebenarnya kaya dengan pulau-pulau cantik bertaraf dunia. Anda akan terpesona dengan keindahan Pulau Tengah Mersing ini, dimana di sini terletak sebuah resort yang sangat cantik yang diberi nama Batu Batu Resort Mersing. Entry ini akan merungkap rahsia cantiknya Pulau Tengah di Mersing.

MrJocko nak kongsi dulu tentang keindahan dan kecantikkan Pulau Tengah di Johor ini secara umum. Pulau persendirian ini, jarang kita dengar sepenuhnya dari mulut orang kita, orang Malaysia. Tetapi, tarikan pulau dan resort yang cantik, dikenali ramai oleh pelancong dunia, khususnya orang Eropah.

Baca : Pernah Pergi Ke Pulau Rawa Island Johor?

 



 

Cantiknya Pulau Tengah Di Mersing Batu Batu Resort

Pulau Tengah di Mersing
 

Terletak kira-kira 16 km dari Jeti Mersing, perjalanan untuk ke sini memakan masa selama 45 minit dengan menggunakan bot laju. Memandangkan ini adalah pulau persendirian, lokasi pantai pulau sekitar ini terpelihara dengan sebaiknya.

Terletak di dalam kawasan Kepulauan Mersing, pulau ini terletak berdekatan dengan Pulau Rawa, Pulau Besar, Pulau Tinggi dan juga Pulau Sibu.

Pada tahun 1985, Pulau Tengah diwartakan sebagai ‘Marine Park’ oleh Kerajaan Malaysia untuk melindungi kehidupan laut dan menjaga spesis ikan dan batu karang. Di sebabkan ini, lokasi Pulau Tengah boleh dikatakan antara lokasi pantai, batu karang dan lokasi ikan-ikan kecil antara yang terbaik di Malaysia.
 

pulau tengah mersing pulau tengah mersing pulau tengah mersing

Keindahan Pulau Tengah Mersing

Tak ramai orang Malaysia tahu kewujudan kehidupan laut yang cantik di Pulau Tengah Kepulauan Johor ini. Tak ramai juga yang tahu, di sini mempunyai sebuah resort bertaraf dunia yang semakin menjadi tumpuan pelancong dunia. Banyak rahsia di Pulau Tengah di Mersing ini tidak diketahui oleh orang Malaysia, tetapi terkenal diluar negara.

Jeti Pulau Tengah yang menyambut kami antara jeti yang paling cantik disekitar kepulauan ini. Ada dua wakaf yang dibina mencantikkan lagi pemandangan pintu masuk ke Pulau Tengah ini.
 

pulau tengah mersing

pulau tengah mersing pulau tengah mersing pulau tengah mersing

 

Menuju ke persisir pantai dan juga lokasi resort di sini memang memukau mata MrJocko. Jambatan yang dibina memang membawa kami seperti menuju ke ‘syurga’ pulau yang memang cantik. Berada di Pulau Tengah Mersing ini membuatkan MrJocko lupa kesibukkan kota dan hiruk piruk kebisingan bandar besar seperti Kuala Lumpur. Di sini, ketenangan yang tidak mungkin anda boleh cari di mana-mana selain di Kepulauan Mersing.

Seperti di Pulau Rawa, kejernihan air di pantai Pulau Tengah memang menakjubkan. Ternyata, kualiti air laut, pasir yang memutih serta coral di sini memang masih lagi terpelihara rapi dan sangat cantik.

Seharian santai rehatkan minda di sini pasti akan menjadi impian setiap mereka yang ingin bercuti.

Di Pulau Tengah Mersing ini juga anda boleh mandi manda di persisir pantai, snorkeling, selam skuba dan ada beberapa aktiviti lain yang turut di sediakan oleh resort berdekatan. Kalau anda ada lagi masa terluang, apa kata singgah di Pusat Pemuliharaan Penyu (Turtle Camp Watch) di Pulau Tengah untuk melihat dari dekat usaha dari pihak pengurusan Pulau Tengah Mersing.

Memandangkan ia pulau persendirian, sebaiknya jika ingin berkunjung ke sini, anda boleh mendapatkan pakej yang berpatutan. Paling terkenal ialah pakej Batu Batu ResortTambang bot pergi balik dari Jeti Mersing ke Pulau Tengah Batu Batu Resort ialah RM70 bagi dewasa dan RM47.50 untuk kanak-kanak (4 tahun ke atas). 

Nak menginap di Pulau Tengah pun boleh, boleh tempah pakej lebih awal di laman web atau contact number Batu Batu Resort.

pakej bilik batu batu resort

3 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.