• Fri. Sep 22nd, 2023

Ramai Tak Tahu Rahsia Jalan Asia Afrika Di Bandung

Ramai rasanya pelancong dari Malaysia dan pelancong selain dari warga Bandung tidak mengetahui bahawa ada banyak tarikan lain yang tersembunyi di Kota Bandung. Antaranya ialah Jalan Asia Afrika, di Bandung. Ramai Tak Tahu Rahsia Jalan Asia Afrika Di Bandung. Bila malam menjelma, di kawasan sepanjang Jalan Asia Afrika ini mula hidup dengan pelbagai aktiviti malam hari.

Antara yang menarik perhatian, di Jalan Asia Afrika ini lah merupakan titik bermulanya atau Titik Pusat ‘0’ bagi jalan-jalan yang diukur dari Kota Bandung. Titik pusat ini di letakkan sempena dengan pembinaan jalan raya yang menjadi titik asas Kota Bandung. Mungkin kalau nak mudah faham, titik pusat KM 0 yang menjadi ukurun KM jalan-jalan sekitar Bandung.

Rahsia Jalan Asia Afrika Di Bandung  

Jalan Asia Afrika Di Bandung

Bila malam menjelma, Jalan Asia Afrika kembali meriah.

Sebelah malamnya pula, ramai warga kota Bandung yang singgah di sepanjang Jalan Asia Afrika ini untuk menikmati makanan Gerabak di kaki lima Jalan Asia Afrika. Jangan terkejut jika anda terjumpa dengan beberapa orang artis terkenal ketika makan di sini. Mereka memang suka lepak pekena Bakso, Jeruk dan pelbagai menu makanan lain sekitar Jalan Asia Afrika ini. 

 

Jalan Asia Afrika

Jalan Asia Afrika Di Bandung

Jalan Asia Afrika Di Bandung

 

Di sepanjang Jalan Asia Afrika ini terdapat beberapa hotel peninggalan Zaman Belanda yang masih dijaga rapi dan merupakan antara Hotel 5 Bintang pertama di Bandung. Antara hotel tersebut ialah Hotel Savoy Homann dan juga Hotel Grand Preanger. Harga bilik di hotel-hotel ini sekitar RM250 hingga RM500 semalam. Kebiasaannya, ia menjadi pilihan pelancong Eropah yang mahu suasana antik dan senibina lama Belanda.

Rahsia lain, kalau nak tahu, ramai juga artis Indonesia selalu singgah untuk singgah menikmati makanan di sini. Ia umpama tempat makan makanan street food mereka kalau ke Bandung. 

Banyak lagi rahsia yang tersembunyi di sekitar Jalan Asia Afrika, Kota Bandung. Jika anda ke bandung, jangan lupa singgah. Lebih meriah kalau ke sana pada Malam Minggu. Anda pasti akan merasai satu pengalaman unik di Bandung, di Jalan Asia Afrika.

 

By MrJocko

I'm Travel Blogger Malaysia. MrJocko is a multiple award-winning travel writer, tv host, photographer and social media influencer based in Kuala Lumpur, Malaysia. Been collaborating and writing for many tourisms and travel since 2000.

One thought on “Ramai Tak Tahu Rahsia Jalan Asia Afrika Di Bandung”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.