Rahsia Misteri Muzium Kapal Selam Di Klebang Melaka
Antara yang menarik di Pantai Klebang, Melaka ialah dengan adanya Muzium Kapal Selam. Ada beberapa cerita misteri yang perlu anda tahu tentang muzium ini. Rahsia Misteri Muzium Kapal Selam Di Klebang Melaka mungkin tak ramai yang tahu kalau anda tidak ke sini.
Sebelum ini, ia hanya lokasi yang lapang dan pantai yang kosong. Kini ia berubah menjadi salah satu Muzium yang perlu anda lawat, kalau anda melancong ke negeri Melaka. Mari lihat sebuah kapal yang dikenali sebagai FS Ouessant Agosta 70.
Baca : Rumah Pendeta Zaaba di Negeri Sembilan
Muzium Kapal Selam Di Klebang Melaka
Sedikit info tentang Kapal Selam FS Ouessant Agosta 70
Kapal Selam FS Ouessant Agosta 70 merupakan kapal selam latihan krew-krew Kelas Perdana Menteri Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM). Perolehan kapal selam FS Ouessant Agosta 70 milik bekas Tentera Laut Perancis. Kapal selam ini telah dibawa pulang ke tanahair oleh Kementerian Pertahanan Malaysia dan diserahkan kepada Kerajaan Negeri Melaka untuk diabadikan sebagai muzium di Kompleks Muzium Maritim, Pantai Berlian, Klebang, Melaka.
Kerja-kerja untuk membawa pulang kapal selam FS Ouessant Agosta 70 ini dari pengkalannya di Brest, Perancis telah dimulakan pada 9 Oktober 2011 dan tiba di perairan Melaka pada 12 November 2011. Fokus utama pameran Muzium Kapal Selam FD Ouessant Agosta 70 ini ialah sejarah kapal selam dan perkembangan terutamanya di negara kita.
Untuk anda yang fobia dengan ruang sempit, Kapal Selam bukan tempat yang anda mahu singgah. Ini kerana anda akan rasa kiri dan kanan seakan menghimpit. Ruang yang ada di dalam kapal selam ini, betul-betul hanya laluan untuk dua orang sahaja. Sesetengah laluan, hanya untuk seorang.
Setiap sudut memang padat dengan peralatan dan juga perkakas yang berkaitan dengan kapal selam. Di sudut depan dan belakang juga ada beberapa kawasan diletakkan ruang untuk mengisi peluru ‘terpedo’ berpandu untuk tujuan ketika perang. Wah!!! Agak scary juga bagi orang normal seperti mrJocko.
Yang pasti, harga tiket cuma RM5.00 untuk dewasa masuk ke Muzium Kapal Di Klebang Melaka ini berbaloi. Pengalaman melihat sendiri dari dekat dan merasai pengalaman seakan hidup di dalam kapal laut ini agak mengujakan.
Banyak misteri kehidupan tentang kehidupan ‘anak-anak kapal’ boleh anda selami jika ke sini. Jangan lupa, singgah di Muzium Kapal Selam di Klebang.
Related Posts
-
Nami Islands Part12 Comments | Apr 8, 2011
-
Dabong Terlampau5 Comments | Mar 6, 2009
-
Kesian Adik Kena ChickenpoxNo Comments | Jul 2, 2012
-
Selamat Hari MalaysiaNo Comments | Sep 16, 2012
About The Author
MrJocko
I'm Travel Blogger Malaysia. MrJocko is a multiple award-winning travel writer, tv host, photographer and social media influencer based in Kuala Lumpur, Malaysia. Been collaborating and writing for many tourisms and travel since 2000.