Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Rakyat Jepun Terima 10 Hari Cuti Tambahan

Rakyat Jepun Terima 10 Hari Cuti Tambahan untuk tahun ini. Sesuatu yang jarang berlaku di Negara Jepun. Beberapa hari lagi, semua rakyat Jepun akan diberi peluang untuk menikmati 10 hari cuti tambahan. Cuti yang panjang ini adalah sempena dengan penurunan takhta oleh Maharaja negara itu pada tarikh 30 April 2019 dan digabungkan dengan perayaan tradisional ‘Golden Week’ pada bulan Mei.

Pun begitu, cuti panjang seperti ini, nampaknya tidak menggembirakan ramai penduduk Jepun. Ramai yang tahu, orang Jepun kuat kerja dan memang budaya suka bekerja. Ramai yang dikatakan, tidak tahu untuk menggunakan waktu cuti yang panjang tersebut.

Sumber : Utusan Malaysia Online

Rakyat Jepun Terima 10 Hari Cuti Tambahan

Rakyat Jepun Terima 10 Hari Cuti Tambahan 01 copy
Rakyat Jepun Dapat Cuti Tambahan 10 Hari

Jepun membuat persiapan bagi penurunan takhta Maharaja Akihito pada Selasa yang akan diambil alih oleh anak sulungnya, Putera Mahkota Naruhito sehari selepas itu.

Jadi, jika anda ke Jepun antara hujung April sehingga pertengaha bulan Mei, mungkin ia agak berbeza sedikit berbanding situasi biasa di negara Jepun.

Ramai menjangkakan bandaraya Tokyo dan bandar besar lain akan menjadi sunyi kerana rakyat pasti akan menggunakan peluang luar biasa ini untuk bercuti ke luar negara, bercuti luar kawasan dan juga mungkin berehat di rumah.

Ada info mengatakan kebanyakan pakej pelancongan pada musim cuti sudah habis dijual. Ini mungkin peluang orang Jepun untuk betul-betul berehat. Lagipun, waktu ini, musim bunga sudah hampir habis dan mereka menunggu musim panas yang akan tiba pada akhir bulan Mei nanti.

Mengikut agensi pelancongan Jepun, JTB, jumlah pelancong dalam dan luar negara ketika cuti panjang dijangka mencecah rekod sehingga 24.67 juta orang.

Waktu cuti panjang seperti ini jarang berlaku. Ia mungkin tidak akan sama. Kalau pelancong dari luar negara, ia pasti sesuatu yang baru bagi mereka.

Ikut pengalaman MrJocko, bercuti musim panas ke Jepun pun ada kelebihan. Antara yang menarik, tak perlu pakai baju tebal, t-shirt sudah mencukupi, walaupun ada angin sejuk, tetapi ia amat nyaman.

Pilihan kedai yang menjual barangan end season juga banyak. Masa untuk shopping bagi yang kaki shopping.

Kalau ada rezeki, cadangan ingin sekali lagi ke Jepun pada akhir tahun ini. Jom ke Jepun.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.