Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Rakyat Malaysia Akan Nikmati Visa Free Ke Negara China

Setelah menunggu bertahun-tahun, akhirnya rakyat Malaysia yang melancong ke China boleh menikmati perjalanan tanpa visa sehingga 15 hari bermula 1 Dis. Kedutaan China di Malaysia hari ini mengumumkan bahawa polisi bebas visa 15 hari akan berkuat kuasa selama setahun penuh, bermula dari 1 Disember tahun ini hingga 30 November 2024.

“Bagi menggalakkan lagi pertukaran rakyat dengan rakyat antara China dan Malaysia, kerajaan China akan melaksanakan polisi bebas visa 15 hari untuk warganegara Malaysia yang memegang pasport biasa yang memasuki China untuk tujuan perniagaan, pelancongan, lawatan keluarga dan transit.

“Mereka yang tidak memenuhi tujuan lawatan dan had masa untuk polisi bebas visa 15 hari masih perlu memohon visa ke China,” kata kenyataan itu.

title>Visa Free China

Rakyat Malaysia Akan Nikmati Visa Free Ke Negara China

Visa Free Ke Negara China

 

Kedutaan berkata visa yang dikeluarkan kepada warganegara Malaysia masih sah, dan permohonan yang dikemukakan sebelum ini akan diproses seperti biasa.

Untuk makluman korang semua, sebelum ini, kos untuk mendapatkan visa ke negara China bermula dari RM100 bagi perjalanan untuk Perjalanan Single Entry, RM120 bagi Perjalanan Double Entry, RM150 bagi Perjalanan Multiple Entry dalam tepoh 6 bulan dan RM190 bagi Perjalanan Multiple Entry dalam tempoh 1 tahun.

Visa Free Ke Negara China
 

Masa ini, ramai yang memilih untuk mendapatkan Multiple Entry selama 1 tahun kerana ramai yang pergi ke China, khususnya ke Guangzhou dan Shenzen adalah mereka yang meniaga produk borong dari China.

Bagaimana cara untuk memohon Visa ke Negara China sebelum ini boleh baca di pautan ini MrJocko Apply Visa Ke China.

Alhamdulillah, rezeki kami sebelum ini pernah ke Guilin, Guangzhou dan juga Shenzen untuk urusan perniagaan dan juga melancong. Selepas ini, tiba-tiba wabak melanda, terus pintu sempadan di tutup.

Baca : Trip Best Borong Barangan China Ke Guangzhou Hong Kong

Memandangkan, dunia kini sudah semakin kembali ke situasi normal, sektor pelancongan dan pintu sempadan sudah lama dibuka, maka ini peluang terbaik untuk korang yang teringin nak melancong ke negara China.

Samada bercuti ke Beijing, Xian, Guangzhou, Guilin dan banyak destinasi lain di China, anda sudah jimat RM100 sekurang-kurangnya daripada membayar kos Visa. Lagi tenang sebab dah tak perlu nak mengadap kaunter Visa yang kadang-kadang agak sesak dan queue yang panjang.

Untuk korang yang cari pakej travel Halal Muslim ke China, kami ada banyak pakej menarik. Boleh hubungi kami di Terlajak Travel Sdn Bhd. Jom Terlajak Best bersama-sama kami…

Sumber : MalayMail Free Visa To China

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.