Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Ramen Halal Pedas Mee Segera Samyang Dari Korea

Musim raya, musim untuk mencuba menu dan kuih raya disamping bergembira dengan keluarga dan rakan-rakan sempena AidilFitri. Namun, sesekali nak cuba juga menu lain yang luar biasa dari menu hari raya. Sebab itu, MrJocko beli paket Ramen Halal pedas dari Korea ini ketika ke AEON Mall Kota Bharu di Kampung Sireh.

Tak sangka pulak di sini pun ada jual Ramen Halal Pedas Mee Segera Samyang Dari Korea. Sebelum ini, ingatkan market pasaran ramen halal ini hanya ada di bandar-bandar besar sahaja.

 

Remen Halal Pedas Korea

 

Kenapa Ramen Halal Pedas dari Korea ini terkenal?

Ada ramai yang berpendapat, mee segera ramen halal ini kenyang dan punyai teksture rasa yang memang lain dari mee segera biasa yang ada di Malaysia. Tambah pula, dengan ramuan yang di sediakan, rasa dia memang sedap dan menarik. 

Selain itu, kepedasan yang amat pedas ini dikatakan mencabar rasa sesiapa sahaja yang mencuba ramen halal pedas dari Korea ini. Ada yang kata pedas, tetapi lebih ramai yang berkata rasa pedas tahap biasa untuk citarasa orang Malaysia.

mee-segera-ramen-pedas-samyang-02

ramen halal

Sedapnya Ramen Halal Korea

Harga ramen halal Korea jenis mee segera ini dijual dengan harga sekitar RM25 bagi 2 bungkus. Ini bermakna, sebungkus ramen halal Korea ini dijual dengan harga RM5 sebungkus. Walaupun harga ramen halal ini agak mahal, tetapi ramai yang mengakui rasa dan sedapnya sangat berbaloi.

Sebelum ini, ramai yang ragu-ragu tentang status halal bagi produk mee segera Samyang ini. MrJocko sendiri, selepas bertanya dan mendapatkan info dari mereka yang  boleh dipercayai, yakin bahawa ia adalah halal dan boleh di makan.

Untuk yang mencari dan masih belum mencuba ramen halal Korea ini, boleh ambil peluang untuk merasai citarasa Ramen Korea di Malaysia dengan mencuba menu ini. InsyaAllah anda akan rasa puas hati 🙂

3 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.