Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Rancangan Lat-Tali-Lat Antabax Astro Ria

Kalau anda dengar Lat Tali Lat Tam Plom, mesti anda ingatkan permainan diwaktu zaman kecil-kecil. Biasanya kita main sewaktu sekolah, sewaktu main dirumah dan bersama rakan-rakan. Kanak-kanak sekarang mungkin tak ramai yang suka main permainan yang seperti ini kerana sudah terbiasa dengan zaman digital.

 

Antabax, rangkaian penjagaan diri mengambil inisiatif memperkenalkan satu rancangan Lat Tali Lat sebanyak 10 episod dan ia diacarakan oleh Pelawak Yus Jambu dan Tauke Jambu dari kumpulan Jambu. Program Lat Tali Lat ini ialah kerjasama antara Lam Soon Edible Oils Sdn Bhd dan Astro.

 

 

Rancangan Lat-Tali-Lat Antabax Astro Ria

 

Rancangan Lat-Tali-Lat Antabax Astro Ria

 

Rancangan Lat-Tali-Lat Antabax Astro Ria

 

 

Lat Tali Lat ialah satu rancangan yang menggunakan permainan tradisional sebagai satu cara bagi memupuk tabiat penjagaan kebersihan diri. Rancangan ini akan disiarkan di Saluran Astro Ria, Saluran 104 setiap jam 6.30 petang bermula Ahad, 6 Oktober 2013.

 

 

Rancangan Lat-Tali-Lat Antabax Astro Ria

 

Rancangan Lat-Tali-Lat Antabax Astro Ria

 

Rancangan Lat-Tali-Lat Antabax Astro Ria

 

Rancangan Lat-Tali-Lat Antabax Astro Ria

 

 

Dalam rancangan Lat Tali Lat ini penonton akan menyaksikan 24 orang peserta dari sekolah-sekolah rendah akan beradu kecekapan bermain permainan tradisional seperti Baling Tin, Konda Kondi, Tarik Upih, Galah Panjang, Tuju Tun dan Keting Ting. Boleh kata semua permainan tradisional ini akan menyingkap kembali nostalgia anda sewaktu zaman kanak-kanak anda.

 

 

Rancangan Lat-Tali-Lat Antabax Astro Ria

 

Rancangan Lat-Tali-Lat Antabax Astro Ria

 

 

Rancangan Lat Tali Lat ini menyediakan hadiah melebihi RM40,000 yang mana pasukan yang menang akan membawa pulang RM15,000 dana pendidikan, RM1,000 untuk sekolah yang di wakili dan hamper produk Antabax, tiket ke Legoland, Hello Kitty Land serta jam tangan Swatch. Wowwww…

 

Antara tujuan lain, Antabax ingin menerapkan nilai-nilai murni dalam diri kanak-kanak supaya terus mengamalkan kebersihan diri supaya melahirkan masyarakat Malaysia yang berbudaya bersih dan sihat. Melalui program dan rancangan seperti ini, ia akan secara tidak langsung mendidik anak-anak dengan amalan yang sihat tanpa mereka sedar.

 

 

Rancangan Lat-Tali-Lat Antabax Astro Ria

 

 

Akhir sekali, Siri Antabax Lat-Tali-Lat ini merupakan satu percubaan baru dalam mempopularkan semula permainan tradisional Malaysia. Di harapkan dengan rancangan Lat-Tali-Lat ini ia memberi nafas baru kepada permainan tradisional ini ke pengetahuan umum dan akan kembali popular.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.