Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Randen Arashiyama Station Tram Unik Melalui Randen Keifuku Line

Ketika di Arashiyama, antara lokasi yang boleh singgah ialah di stesen tram lama di sini. Ia dikenali sebagai Randen Arashiyama Station Tram Unik Melalui Randen Keifuku Line. Kalau di sini, ia lebih dikenali sebagai Randen Tram Keifuku Line sejauh 7.2km. Ia adalah antara Tram terakhir yang ada di Kyoto.

Tram ini melalui perjalanan dari Arashiyama sehingga ke Shijo Omiya. Antara stesen lain yang akan dilalui ialah Arashiyama, Randen Saga, Rokuoin, Kurumazaki Jinja, Arisugawa, Katabiranotsuji, Uzumasa-Koryuji, Kaikonoyashiro, Randen Tenjingawa, Yamanouchi, Nishioji Sanjo dan Shinjo Omiya.

Baca : Arashiyama Bamboo Forest Kyoto

Randen Arashiyama Station Tram

 


Randen Arashiyama Station Kyoto Osaka Japan

Randen Arashiyama Station

 

Kalau korang nak naik Randen Tram Keifuku Line ini, harga untuk dewasa ialah cuma 200 Yen untuk dewasa dan 100 Yen untuk kanak-kanak. Murah. Mesti naik kerana ia memberikan korang satu pengalaman baru yang tak ada di destinasi lain di Jepun.

Randen Tram di Arashiyama ini akan membawa anda pusing-pusing sekitar pekan Arashiyama dan beberapa lokasi menarik di Kyoto. Lebih menarik bila anda merasai pengalaman menaiki Keifuku Randen Tram ini di musim bunga Sakura, musim Winter atau juga musim Autumn.

 

arashiyama station tramRanden Arashiyama Station Randen Arashiyama Station

Randen Tram Keifuku Line
 

Randen Arashiyama Station Kyoto Osaka

Tidak jauh dari Arashiyama Station Randen Tram, ada sudut yang menarik perhatian. Ia adalah tiang yang disusun dengan kain Kimono dan diletakkan cahaya yang berwarna warni. Hasilnya, terjadi lah kawasan cantik yang dikenali sebagai Kimono Forest Arashiyama.

Melihat kepada kain-kain Kimono yang disusun di sini, ia menjadi satu idea yang menarik untuk kami bergambar. Oleh kerana masih lagi siang, cahaya lampu tidak sangat kelihatan, Tunggu waktu gelap, pasti ia lebih menarik untuk anda kunjungi.
 

Kimono Forest Arashiyama

kimono forest arashiyama kimono forest arashiyama

kimono forest arashiyama

 

Kimono Forest ini mula dipasang ketika pengubahsuaian stesen Arashiyama pada tahun 2013. Ia dipanggil “hutan” kerana tiang-tiang ini dipacak menyerupai tiang pokok. Kimono Forest ini terdiri daripada 600 tiang tekstil kimono yang dicelup dalam gaya Kyo-yuzen tradisional. Tekstil Kyo-yuzen digunakan untuk pameran ini dicipta oleh Kamedatomi, sebuah kilang tekstil yang terkenal sejak tempoh Taisho.

Setiap corak tekstil kimono ini dipilih oleh Yasumichi Morita, artis projek ini.

Tak jauh sebenarnya dari Bamboo Forest dan juga jambatan terkenal Togetsukyo Bridge Arashiyama. Jalan kaki sahaja.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.