Rasa Tertipu Dengan Promosi Ohsem Trading – Scratch Repair Pen
|
Selepas baca entry Abg Mat Tiger di SINI, rasanya MrJocko pun nak share pengalaman beli Vouchers dan barang online ni. Walaupun sebelum ni, dah banyak produk MrJocko beli di laman web yang memberikan tawaran diskaun secara online, pembelian baru-baru ini memang mengecewakan MrJocko.
Oleh kerana tertarik dengan iklan dan pautan Video yang disertakan, MrJocko membeli satu set, 3 unit Repair Ligt Scratches : Clear Coat Scratch Repair Pen for car, seperti di gambar di bawah. Produk ini dibawakan oleh syarikat Ohsem Trading.
Setelah membuat bayaran melalui laman web Groupon maka selang seminggu dua selepas itu MrJocko mendapat barang yang di kirim.
Dah dapat tu rasa boleh la nak cuba. Satu MrJocko hadiahkan kepada kawan, satu lagi MrJocko guna sendiri dan satu lagi MrJocko simpan.
Menyedihkan dan rasa tertipu bila MrJocko cuba produk ini, sama sekali tidak meninggalkan kesan scratch halus yang ada pada kereta MrJocko. Kawan MrJocko juga bersetuju bahawa selepas dia menggunakan Pen tersebut pada bahagian calar, seperti langsung tidak memberi kesan. Masa tu MrJocko dan terfikir, adakah tersalah beli, atau MrJocko tersalah faham fungsi sebenar Pen Pembaiki Calar ini???
Ada sesiapa yang ada membeli produk ini??? Macamana boleh produk seperti ini mendapat title seperti dalam Voucher Best Seller 2012…???
Sesiapa boleh bantu??? Atau penerangan dari pihak OhSem sendiri???