Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Rate Tukar Duit Money Changer Terbaik Dan Murah

Jika anda seorang yang selalu travel, antara yang selalu anda fikir ialah untuk mencari tempat tukar matawang yang terbaik dan murah. Ramai antara kita memang mencari Rate Tukar Duit Money Changer Terbaik Dan Murah untuk dapatkan jumlah matawang yang menguntungkan.

Samada anda di Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Johor Bahru atau berada di lapangan terbang, anda mesti mencari money changer mana yang selalu bagi kadar tukaran matawang yang murah dan terbaik.

Baca : MrJocko dan Informasi Semasa

Kalau di Kuala Lumpur, ada beberapa money changer (pengurup wang) yang selalu bagi rate tukaran matawang asing terbaik. Money Changer sekitar Kuala Lumpur memang banyak dan menjadi tumpuan kerana di sini ramai pelancong asing.

Rate Tukar Duit Money Changer Terbaik

Rate Tukar Duit Money Changer Terbaik Dan Murah

 

Ramai yang kata, 2 Money Changer yang terletak di Centre Court Midvalley, LG Floor selalu tawar harga tukaran matawang yang memang terbaik dan murah. Jika ada kelapangan, MrJocko memang tukar di sana.

Ada juga member kata, money changer di Pavilion KL juga beri kadar yang bagus. Money changer lain yang boleh anda cuba ialah di NU Central.

Antara money changer yang menjadi pilihan ialah di My Money Master Sdn Bhd. Dah banyak kali tukar di sini, rate yang diberikan memang memuaskan berbanding lokasi money changer lain.

 

 

Rate Tukar Duit Money Changer Terbaik Dan Murah

 

 

Sememangnya, kalau anda bercadang nak tukar duit sikit sahaja, mana-mana money changer pun okay. Tetapi jika anda bercadang untuk menukar matawang Ringgit kepada matawang asing atau sebaliknya dalam jumlah yang besar, dapatkan kadar tukaran matawang asing terbaik untuk memastikan anda mendapat kadar terbaik.

Bayangkan kalau anda tukar dengan tukaran yang bagus di money changer, anda jimat hingga ratusan ringgit. Berbaloi bukan.

Namun harus ingat, sebaiknya jangan tukar matawang asing di lapangan terbang seperti di KLIA dan KLIA2. Kadar yang diberikan kepada anda jauh lebih mahal berbanding kadar tukaran matawang di money changer sekitar Kuala Lumpur.

Semak senarai syarikat Money Changer atau Pengurup Wang Berlesen yang mempunyai Surat Sah dari Bank Negara Malaysia di laman web ini.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.