Pengalaman Menginap Di Rawa Island Resort Mersing Johor
|Teruja dengan cerita percutian ke Pulau Rawa Mersing yang MrJocko kongsi sebelum ini? Mungkin belum cukup teruja bila anda tak lihat bilik resort di Rawa Island Resort, salah satu resort utama di Pulau Rawa.
Baca sini, Pengalaman Menginap Di Rawa Island Resort Mersing.
Pulau Rawa ini terletak di dalam gugusan Taman Laut Sultan Iskandar, boleh dikunjungi dengan sekitar dua puluh minit perjalanan dengan bot laju dari Jeti Mersing, Johor. Pulau peranginan dengan keindahan pantai yang menakjubkan ini mempunyai kemudahan 77 bilik, yang mana setiap darinya direka secara unik dengan kombinasi dekorasi landskap semula jadi.
Rawa Island Resort Mersing
Untuk pilihan bilik di Rawa Island Resort Mersing, ada banyak pilihan yang boleh anda cuba. Setiap bilik ada keunikkan dekorasi yang sedikit berbeza dan punyai binaan resort dari bilik yang berasaskan kayu, binaan rumah kampung yang biasa kita lihat di kampung-kampung. Namun, jangan risau, setiap bilik mempunyai kemudahan penghawa dingin dan katil yang sangat selesa.
Ruang bilik agak luas dan memang agak selesa jika untuk penginapan biasa bagi 4 orang, paling ideal untuk penginapan 2 dewasa dan 2 kanak-kanak. Bilik seperti yang MrJocko inap ini, sesuai untuk satu keluarga yang sederhana.
Tidak hanya katil, kemudahan sofa, meja makan, almari dan bilik air juga memang memuaskan. Lebih unik, setiap bilik atau resort ini mempunyai kemudahan ‘beranda’ seperti rumah kampung.
Satu lagi yang menarik di sini, selama menginap di Rawa Island Resort, memang MrJocko tidak terganggu oleh nyamuk atau agas. nampaknya, kawasan ini dijaga dengan baik dan dalam keadaan yang bersih sekelilingnya. Mungkin sebab itu, percutian di Rawa Island Resort di Mersing ini menjadi pilihan utama ramai pelancong dari Eropah serta pelancong dari Jepun.
Menu sarapan pagi, menu makan tengahari dan menu makan malam di sini juga memang bertaraf antarabangsa. Ruang makan yang luas dengan pilihan menu yang pelbagai dan memang berkualiti. Walaupun berada di pulau, menu di sini boleh dikatakan semuanya terbaik. Lebih-lebih lagi menu makan malam di sini, disertakan dengan menu BBQ yang sangat menyelerakan.
Masih lagi tidak tahu harga pakej percutian di Pulau Rawa ini? Boleh beli pakej ‘Full Board’ di Rawa Island Resort ini dengan harga pakej penginapan semalam bermula dari RM830 sahaja, termasuk kemudahan bot, makan dan penginapan selama menginap di sini. Untuk pakej 3 hari 2 malam, harga ialah bermula dari RM830 (malam pertama) + RM730 (malam kedua). Dengan bajet RM1,560 untuk 3 hari 2 malam ini, termasuk bot pergi dan balik dari Jeti Pulau Rawa Mersing, Makan Minum, Penginapan dan Welcome Drink. Menarik bukan??? Apa lagi!!! Jom ke Pulau Rawa Mersing.
Nak tempah boleh layari laman web ini http://www.rawaislandresort.com
Pulau ni cantik sangat!!!!!!!
Kena pergi ni Sally
Pakej RM1,560 tu utk seorang ke satu couple?
Kalo ada bwk anak < 12 tahun dia kira tak
Boleh semak rate baru diorang kat sini bro
http://www.rawaislandresort.com/sites/default/files/2017%20Package%20Rates.pdf