Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Rawang Burger Bakar Di Wangsa Maju

Rasanya dah lama dah orang duk cerita pasal Rawang Burger Bakar Rawang ni, tetapi belum pernah ada masa atau peluang nak cuba menu Burger Bakar yang katanya terkenal di Rawang. Kali ni, MrJocko berpeluang untuk singgah di gerai Burger Bakar Rawang yang terletak di Jalan Wangsa Delima 1, berhadapan dengan bangunan Prudential BSN Wangsa Maju.

Hari tu MrJocko cuma sempat cuba dua menu sahaja iaitu Burger Hot Shot dan juga Burger Isabella. Untuk harga Burger Hot Shot, dijual dengan harga RM7.00 dan Burger Isabella berharga RM8.00.

Rawang Burger Bakar

Rawang Burger Bakar

Rawang Burger Bakar

Kalau nak tahu, Burger Bakar Hot Shot ini ialah burger home made yang dibuat dari daging dan Burger Bakar Isabella ialah burger home made yang dibuat dari campuran ayam dan udang. Kalau di tanya, sudah pasti Burger Bakar Isabella lebih sedap, sesedap namanya.

Kalau anda nak cuba, boleh singgah di Gerai Rawang Burger Bakar ni. Ada banyak menu burger bakar lain yang sedap termasuk burger bakar Hot Chic, Chicken Pop, Burgembira, Ombak Rindu, Madu Tiga, Double Riang, Valentine’s, K-Pop, KLCC dan banyak lagi.

Mungkin kalau anda nak rasa kelainan burger bakar, boleh la cuba menu-menu yang ada di Burger Bakar Rawang pulak. Pilih mana satu anda nak, boleh makan kat sana atau take away…

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.