Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

MrJocko Raya Moments of Closeness with Samsung

Raya Moments of Closeness with Samsung. 

Raya Moments of Closeness with Samsung. Alhamdulillah, kehadiran hari raya Aidilfitri tahun ni 2013 akan menjadi lebih meriah kerana giliran kampung MrJocko. Biasalah kalau dah berkeluarga, setiap tahun mesti ikut giliran untuk balik kampung beraya. Bukan MrJocko tak suka balik ke Johor Bahru, tetapi Wife MrJocko memang tak ada kampung, jadi faham-faham jer la.

 

 

Raya Moments of Closeness with Samsung
Raya Moments of Closeness with Samsung

 

Raya Moments of Closeness with Samsung

 

 

 

Raya Moments of Closeness with Samsung

 

 

Kehadiran 1 Syawal, Hari Raya sememangnya menjadi hari yang dinantikan kerana dengan kesempatan ini, ramai perantau seperti MrJocko akan ambil peluang pulang ke kampung. Maklum la, kampung MrJocko nun jauh di Kelantan, hampir 8 jam perjalanan untuk pulang. Memang rindu nak balik kampung, tapi apakan daya, bila sudah berkeluarga, sudah ada isteri dan anak-anak, banyak faktor yang perlu difikirkan. Hari Raya lah menjadi peluang terbaik untuk bersama-sama Mak Ayah dan adik-adik di kampung.

 

 

 

Raya Moments of Closeness with Samsung

 

Baca : MrJocko dan Contest di Malaysia

 Raya Moments of Closeness with Samsung

Kalau anak-anak MrJocko, Khalisha dan Hasya, mereka amat suka kalau balik kampung. Aktiviti yang mesti mereka buat, nak membonceng motosikal dengan ’emak’ (nenek). Kalau boleh dari pagi sampai petang diaorang nak pusing kampung naik motosikal. Nasib baik emak masih kuat dan boleh layan cucu-cucunya ini. Sebab tu, kalau lama tak balik kampung, MrJocko gunakan Samsung Note untuk membuat panggilan Video untuk anak-anak bercakap dengan neneknya. Hilang la sikit rindu mereka. Kalau ada rezeki, ingat nak ambil satu lagi Samsung Galaxy S4 kerana model ni model terbaru, mesti lagi puas hati.

 

Keluarga sebelah arwah Pak Long di kampung memang besar. Jadi kalau masa hari raya, rumah MrJocko dan rumah arwah Pak Long memang penuh dengan saudara mara. Bayangkan kanak-kanak sahaja ada lebih dari 30 orang, betapa riuh rendahnya. Jadi, nak bagi diorang ni senyap, Mak Long selalunya bagi diorang layan DVD Kartun menggunakan DVD Player dan 42 inci LCD TV. Masing-masing khusyuk layan cerita kartun sambil ramai-ramai baring depan TV. Kalau mereka dapat tengok cerita DVD tu menggunakan DVD Player Samsung dan SmartTV dari Samsung, sudah pasti raya tahun ini akan lebih meriah buat mereka.

 

 

Raya Moments of Closeness with Samsung

 

Raya Moments of Closeness with Samsung

 

 

Musim raya seperti ini, kalau di kampung, kami sekeluarga tak risau. Sebut saja nak makan apa? Ayam, Kambing atau Lembu, semuanya bisa diurus. Kalau setakat nak masak Ayam buat rendang, biasanya sepupu sepapat dan anak-anak sepupu MrJocko akan rela hati mengejar dan menangkap ayam-ayam Mak Long untuk dijadikan lauk.

 

Bila dah masak, lauk-lauk yang sudah disediakan boleh disimpan segar dalam Peti Ais Samsung atau di panaskan balik menggunakan Microwave Oven Samsung. Nanti boleh lah kami makan beramai-ramai lepas Solat Sunat Aidilfitri.

 

Kalau dulu Mak MrJocko pening jugak kerana bila time raya, saudara mara balik kampung, susah nak jemur baju. Ampaian memang selalu penuh. Lambat kering. Tapi kini mudah saja. Guna saja Mesin Basuh Samsung yang mempunyai teknologi baru. Jimat tenaga letrik pulak tu.

 

 

Raya Moments of Closeness with Samsung

 

 

So, bila hari raya, mesti ramai yang memakai baju-baju cantik dan baru. Masing-masing bergaya dengan pakaian raya. Rugi la kalau tak rakam detik-detik indah ni bersama keluarga tersayang. Macam anak sulung MrJocko ni, Khalisha memang suka ambik gambar. Ingat nak belikan dia satu kamera Samsung Galaxy. Kamera ni mudah jer nak pakai, point and snap sahaja. Lagipun, boleh terus share gamabr-gambar menarik di Facebook atau Twitter untuk tontonan rakan-rakan lain. Ia mesti lebih mengeratkan hubungan yang sudah sedia terjalin.

 

 

Raya Moments of Closeness with Samsung

 

 

Eratkan lagi jalinan kemesraan persaudaraan sesama kita di hari Raya ini kerana ia sesuatu yang akan membahagiakan pihak. Detik-detik kemesraan dan kegembiraan kita akan kekal dalam ingatan walaupun seseorang itu sudah pergi meninggalkan kita semua.

 

Macam MrJocko, arwah Ayah sudah meninggalkan kami lebih dari dua tahun lepas. Yang ada bersama kami, kengana bersama arwah dan saat-saat manis semasa arwah Ayah masih hidup. Belum sempat kami semua menabur bakti kepada ayah, beliau sudah dijemput Ilahi. Sekarang, tujuan kami adalah untuk menabur bakti untuk Emak yang masih lagi bersama-sama kami. 

 

 

Raya Moments of Closeness with Samsung

 

 

Al-Fatihah buat arwah Ayah, Shakri Bin Jusoh. Yang ada kini untuk Hari Raya adalah kenangan kami adik beradik bersama arwah Ayah menyambut Ramadhan dan Syawal ketika kami masih kecil. Kini, tanggungjawab ayah sudah berpindah ke bahu MrJocko sebagai anak yang sulung. Kini baru MrJocko sedar betapa beratnya pengorbanan sebagai seorang ketua keluarga. 

 

Semoga selepas ini, masih ada ruang untuk kami adik beradik berbakti untuk Emak yang masih hidup. Harapan untuk Raya tahun ini, ia akan memberikan kami kegembiraan bersama-sama menyambut hari lebaran bersama-sama orang yang tersayang.

 

Bagaimana Raya Moments anda bersama Samsung? Anda boleh kongsikannya di SINI

Samsung Potraits of Raya —> https://my.campaign.samsung.com/portraitsofraya/ . Ambil gambar hari raya anda dan kongsikan di Samsung Potraits of Raya. Anda mungkin berpeluang memenangi “Layanan Wayang untuk Sekeluarga”

 

Raya Moments of Closeness with Samsung

Raya Moments of Closeness with Samsung

 

 

 

 

Bukan itu sahaja, hayati bingkisan dari Samsung sempena Hari Raya 2013 di YouTube Samsung Raya TVC —> http://www.youtube.com/watch?v=jEjz__eJAqA

 

 

 

 

 

p/s : KLIK LIKE untuk entry ini yer,,, TQ

 

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.