Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

The Rayyan Steamboat Grill Teluk Intan Perak Yang Best

Di Teluk Intan, ada satu restoran Steamboat dan Grill yang terkenal di kawasan pekan kecil ini yang diberi nama The Rayyan Steamboat and Grill. Lokasi restoran ini berada di Taman Melur Teluk Intan, Perak. Kalau nak ke Rayyan Steamboat Grill Teluk Intan ni, pandai-pandai la cari landmark sebab signboard kedai ini memang besar terpampang di restoran.

Restoran The Rayyan Steamboat and Grill ini menyediakan menu masakan Steamboat dan Grill di mana anda boleh menikmati menu buffet. Untuk harga standard kat sini ialah RM25 (asal RM30) bagi dewasa dan RM15 bagi kanak-kanak. Untuk pelanggan Warga Emas, anda cuma perlu bayar RM20 sahaja.

Baca : Steamboat Murah Di Kuala Lumpur

 



 

Restoran The Rayyan Steamboat Grill Teluk Intan Perak Yang Best

The Rayyan Steamboat And Grill

 rayyan steamboat grill teluk intan

Ada banyak menu yang boleh korang pilih kalau makan di sini. Pakej buffet yang disediakan memang sangat banyak menunya. Dari pilihan menu biasa seperti ayam, daging, kambing, adad juga banyak pilihan menu seafood yang semestinya menjadi pilihan ramai orang Malaysia.

Selain itu, ada juga tambahan menu seperti meatball, fishball atau menu yang biasa korang makan untuk menu steamboat. Yang ini sahaja pun dah buat sesiapa sahaja singgah makan di Rayyan Seafood Grill Teluk Intan ni akan teruja melihat menu yang sedap di sini.

Ruang makan di Restoran Rayyan Steamboat Grill ini pun memang selesa. Susunan makanan agak teratur dan mudah. Makan juga selesa, suasana memang rileks santai dan mesti akan buat waktu makan korang best.

Ni kalau dapat ke Teluk Intan sekali lagi best jugak. Boleh singgah memancing Udang di Sungai Perak – http://www.mrjocko.com/2014/08/trip-memancing-udang-sungai-perak.html

The Rayyan Steamboat And Grill Teluk Intan

 

The Rayyan Steamboat And Grill Teluk Intan
The Rayyan Steamboat And Grill Teluk Intan, Perak

 

The Rayyan Steamboat And Grill Teluk Intan

 

steamboat best di Perak

Ada banyak pilihan menu yang boleh anda pilih kalau makan di The Rayyan Steamboat and Grill Teluk Intan ini. Ada ayam, daging, udang, sotong, ketam, bebola ikan, bebola daging, bebola ketam, sayur dan pelbagai menu lain yang memang sedap.

 

Paling best anda boleh pilih menu yang mentah tadi anda boleh masak untuk sup atau tomyam ala steamboat atau cuma grill di atas pembakar khas yang di sediakan. Tidak seperti sesetengah kedai Steamboat, anda punya pilihan Grill kalau makan di The Rayyan Steamboat and Grill Teluk Intan.

 

The Rayyan Steamboat And Grill Teluk Intan

 

The Rayyan Steamboat And Grill Teluk Intan
The Rayyan Steamboat And Grill Teluk Intan, Perak

 

 

Kalau belum pernah ke restoran The Rayyan Steamboat and Grill Teluk Intan ini, anda mesti cuba. Berbaloi dengan nilai RM25 (asal RM30) setiap dewasa dan RM15 bagi kanak-kanak. Makan malam anda dengan buffet steamboat yang pelbagai pilihan di sini mesti buatkan anda kekenyangan dan burp!!!

Apa yang MrJocko Suka
1. Ada pilihan Steamboat atau Grill
2. Menu pelbagai dari ayam, seafood sehinggalah sayur

Apa yang MrJocko Tak Suka
1. Susuan kedai ni mungkin boleh di beri nafas yang lebih cantik dan segar…
2. Susunan Makanan juga tak kemas sangat, tetapi tidak la terlalu teruk

// ]]>

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.