Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Realiti Sebenar Cara Kerja Blogger Popular Di Malaysia

Kemunculan nama-nama besar dalam dunia Blog Malaysia sekarang memberi semangat kepada ramai blogger baru untuk berjaya. Tapi, ramai ke yang tahu Realiti Sebenar Cara Kerja Blogger Popular Di Malaysia sebelum mereka berjaya dan terkenal? Ingat senang ke nak jadi blogger terkenal dan famous.

Mungkin semenjak beberapa nama Blog dikhabarkan menjana pendapatan mereka melalui blog dengan perolehan ‘gaji’ 5 angka, ramai semakin berminat untuk jadi blogger popular. Lihat saja nama-nama seperti RedMummy dan Abang Nara, agak-agak korang la, berapa income diorang dari blog? Sebab tu, bila ditanya ramai blogger baru, kenapa nak jadi blogger? Jawapannya, saya nak jana income dari blog.

Baca : Cerita Tentang Blogger Popular Malaysia

 


Realiti Sebenar Cara Kerja Blogger Popular Di Malaysia

Namun banyak dugaan dan cabaran yang telah ditempuhi oleh blogger-blogger hebat ni sebelum mereka berjaya. Agak-agak MrJocko, antara cabaran Blogger Hebat ini antaranya ialah :

1. Join Events PERCUMA – sebelum terkenal, mana boleh letak bayaran. Jadi untuk dikenali, kalau dapat jemputan event yang percuma, tak dibayar, mereka sanggup. Ini kerana ia peluang untuk tunjukkan effort sebagai blogger yang berkualiti. Masa itu, sebut saja event kecil atau besar, join sajer, jangan memilih.

2. Menulis, Tidak Tunggu Advertorial – Sebelum dapat advertorial, kena la belajar menulis review secara percuma dulu. Ambik pengalaman dan belajar menulis review. Apa yang perlu tulis dan apa yang tak perlu tulis.

3. Blogwalking – Sebelum nak ajak orang jenguk blog kita, kita kena jenguk dan terjah blog rakan-rakan blogger lain dulu. Sebaiknya, masuk blog orang, tinggalkan komen, senang owner blog masuk ke blog kita.

4. Friendly – Nak rapat dengan orang kena la friendly. Kalau susah campur orang, camana orang nak kenal kita. Eh! By the way, Call Me MrJocko tau.

Kak Ina KL, ada ke patut offer RM100 bagi 7 Entry dan siap banner iklan bagai??? Agak-agak la. Bukan Blogger tu sombong, tapi tak berbaloi.

7. Support Even Kemasyarakatan – Tak kira la belum popular atau dah popular, ramai blogger hebat suka berbakti dengan sertai even kemasyarakatan dengan rela hati. Ini yang bagus. Jangan di  lupa mereka yang kurang bernasib baik yer.

8. Payment Lambat atau Langsung Tak Dapat – Ni nak citer pengalaman sendiri. Maklum la, blogger belum terkenal. Pernah la dua tiga Advertiser atau Media Consultant mula janji macam-macam, dah siap buat keja, buat entry, payment tak dapat, voucher pun tak tahu pegi mana. Hampesss,,, nak MrJocko sebutkan nama company tu??? Tak payah laaaa.

9. Sebulan Penuh Dengan Events – Kadang-kadang untuk memenuhi cita-cita sebagai Blogger Hebat dan permintaan Advertiser/Company, semua events yang di jemput terpaksa di terima. Hari ni pegi lokasi A, esok lokasi B, lusa lokasi C. Kadang-kadang, pagi lokasi A, tengahari lokasi B dan malam lokasi C. Penat… Fuhhh!!! Balik rumah wife dan muncunggg,,, ekekeke
 

 

10. Payment Tak Ada, Kami Bagi Gifts Jer. Kadang-kadang, nampak jer event besar, tapi tak ada payment. Yang ada cuma Gifts. Dapat la Thumbdrive atau T-shirt atau Voucher RM50. Namun kerana nak jadi blogger hebat,,, join jugak la,,,

Ini la sedikit pengalaman saya sendiri yang MrJocko yakin, ramai blogger hebat-hebat pernah alami. Kalau tak caya tanya bro Shakiddo, EyriqazzHazman, Bro Framestone, Cik Lily dan ramai lagi,,, Kalau tak percaya lagi,,, boleh tanya saya terus… ekekeke.

p/s : Info tersebut bukan mewakili pengalaman Blogger-blogger Yang Lebih Hebat dan Popular seperti RedMummy dan Abang Nara. Cara kerja mereka lain dan memang mereka layak mendapat apa yang mereka terima sekarang atas kreativii dan hasil kerja keras mereka. Ini cuma pengalaman MrJocko sajerkkk 🙂

Inilah dia, Realiti Sebenar Cara Kerja Blogger Popular Di Malaysia.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.