Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Rehat Makan Dan Solat, Kena Tolak Jam OT

Macam tak percaya lak MrJocko bila dengat berita di bawah. Antara berita yang di baca, berita dari negeri Kelantan, bahawa “Kakitangan sebuah bank di sini yang berehat untuk makan dan menunaikan solat diarah menolak jumlah jam kerja lebih masa (OT)”Arahan itu katanya terkandung dalam pekeliling yang dikeluarkan pengurusan bank terbabit bertarikh 5 Julai lalu. Baru lagi tu.Pekeliling berkenaan menyebut “Masa yang diambil untuk makan tengahari/malam, solat dan sebagainya pada waktu kerja lebih masa hendaklah ditolak daripada jumlah jam bekerja”.Pengerusi Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Bank (NUBE) Cawangan Kelantan/Terengganu, Mohd Azhar Yusuf berkata, tindakan tersebut amat bertentangan dengan prinsip kebebasan beragama dan menyentuh sensitiviti umat Islam.Katanya KWSP adalah pemegang saham terbesar dalam bank tersebut, betul ke? Bukan ke bank yang ada relation dengan KWSP adalah RHB??? ke bank lain???Kalau waktu untuk solat pun tak boleh, mungkin lepas ni, masa untuk ke bilik air, masa minum kopi, masa sembang, masa yang tak berkaitan kerja, mungkin akan ditolak gaji jugak. 😉

2 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.