Report Card Tahun 1 Khalisha
|
Selepas setahun Khalisha masuk sekolah aliran jenis kebangsaan Cina, maka minggu ni merupakan penutup kepada sesi pembelajarannya di tahun 1 sekolah rendah tersebut. Secara purata, mengikut apa yang tertulis dalam Buku Laporan atau Report Card Tahun 1, semestinya MrJocko sebagai Daddy dia berpuas hati dengan prestasi Khalisha semasa di Darjah 1.
Kalau yang melibatkan pembelajaran dalam Bahasa Melayu, senang dia faham, tetapi oleh kerana sepanjang tahun di terpaksa berada dalam situasi peralihan bahasa dari Bahasa Melayu kepad Bahasa Cina sebagai pengantar, prestasi Khalisha agak baik kerana banyak latihan dan kerja sekolah yang dia boleh buat dengan baik.
Tengok camana tahun depan, harap-harap dia boleh bawa dan semakin petah berbahasa Mandarin sebagai keperluan dia di masa hadapan. 🙂