Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Resepi Nasi Goreng Terbaik MrJocko

Hari Sabtu lepas, memandangkan keadaan Mem Besar yang tengah mabuk mengandung, MrJocko ambil kesempatan untuk jadi Chef, buat sarapan pagi untuk anak-anak. Nak masak benda lain, tak cukup bahan dan lama. So, buat benda mudah, Goreng Nasi jer la.

Cara-cara buat Nasi Goreng resepi MrJocko mudah jer. Kalau nak cuba, ikut step-step di bawah :

1. Panaskan minyak

2. Masukkan bawang kuning secukupnya dan goreng sehinggan kekuningan dan naik bau.

3. Masukkan perencah Kiub Ayam Knorr dan kacau sehinggan sebati.

4. Masukkan garam secukup rasa.

5. Bila semua sudah sebati, masukkan nasi dan kacau perlahan sehingga rata rencah dan perasa.

6. Masukkan 4 biji telur, daging cincang dan kacau sebati.

7. Masukkan perencah Cukup Rasa Maggi dan kacau.

8. Bila dah masak anda boleh hidangkan dengan telur mata atau ikan kering.

 

 

Mudah kan? Lihat sahaja aksi anak-anak MrJocko. Tanpa di suruh, mereka kata sangat sedap, lebih sedap dari masakan Mummy. Ekekekeke

Glamorous MrJocko

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.