Entah macamana sejak akhir-akhir ni nak masak Asam Perut. Teringat Resipi Asam Perut Lembu Kelantan Yang Sedap Cara Kami. Jadi, siang tadi singgah di Hypermarket Giant Gombak. Masa lalu kat bahagian barang basah, ternampak perut lembu yang sudah bersih di cuci. Nampak sedap pulak, apa lagi, beli la sepeket kerana nak balik cuba masa Resipi Asam Perut Lembu Kelantan.
Menu resipi Asam Perut Kelantan ni selalu Arwah Ayah MrJocko masak masa dia kat dapur. Simple dan mudah tetapi sedap. Memang sedap. Walaupun hanya rebus dan dicampur sedikit bawang, garam, belacan dan limau nipis. Dah lama tak rasa Resipi Asam Perut Lembu Kelantan. Tu yang rasa terliur sangat ni.
Bahan-bahan untuk memasak resipi Asam Perut Lembu cara Kelantan ni, senang saja nak dapat di mana-mana kedai runcit yang ada jual barang dapur. Kalau nak beli di pasaraya, lagi la senang nak cari bahan-bahan untuk masak resipi Asam Perut Lembu Kelantan.
Baca : Resipi Ikan Singgang Yang Sedap Untuk DiCuba
Resipi Asam Perut Lembu Kelantan Yang Sedap

Baca : MrJocko dan Memasak cara Masterchef
Cara nak masak Resipi Asam Perut Lembu Kelantan ni mudah jer. MrJocko belajar sikit-sikit, tetapi lama dah tak masak. Antara bahan-bahannya :
1. Perut Lembu dihiris kecil secukupnya (500 gram)
2. Bawang Besar 2 biji
3. Bawang Kuning 1 biji
4. Limau Nipis 2 biji
5. 1/3 belacan (secukupnya)
6. Cili Api 10 biji ikut rasa
7. Garam dan Gula secukupnya
Cara memasak :
1. Panaskan air dan rebus perut lembu sehingga hampir empuk ( lebih kurang 10 minit)
2. Masukkan bawang besar, bawang kuning, belacan, cili, garam dan gula serta perasa.
3. Kacau sehingga sebati dalam beberapa minit sahaja kemudian angkat untuk dihidangkan.
4. Perah Limau Nipis ikut rasa dan hidangkan
Mudah kan? Kalau nak cuba, boleh la ikut menu resipi Asam Perut Lembu ala Kelantan yang MrJocko buat ni. Tak lama, kalau nak masak, tak sampai 15 minit sahaja, masakan asam perut ni dah siap. Mudah dan cepat serta memang rasa kampung terbaik. Cuba la yer.
Kalau nak cuba masa cara lain, boleh ikut resipi Asam Perut Kelantan di sini.
[…] Baca : Rahsia Resipi Asam Perut Lembu Kelantan Homemade […]