• Fri. Sep 22nd, 2023

Mana Nak Cari Resipi Buat DONUT Yang Sedap Bebenar

resipi-donut-yang-sedap

Mana Nak Cari Resipi Buat DONUT Yang Sedap Bebenar? Pernah la makan donut tetapi jarang sangat yang kena dengan tekak aku. Kalau sesetengah donut yang dibuat, ada yang masih lagi rasa tepung. Kanji. Mungkin sebab tak masak dengan betul.

Kali ni, aku nak cerita pasal makanan ringan, DONUT. Ada orang kata kalau tahu cara buat, makanan akan jadi sedap. Resipi Buat DONUT Yang Sedap seperti ini agaknya kat mana nak cari? Ada sesiapa boleh tolong ajarkan???

resipi donut yang sedap
Resipi Donut Yang Sedap

Hari ni, aku dah makan satu donut yang sangat sedap. Bukan J.Co Donuts atau Big Apple Donut mahupun Dunkin Donut. Ini Donut handmade dari CAFE tempat aku kerja. Ermmm,,, rupanya memang gebu, rasanya memang lembut dan sangat sedap. Bulat. Sungguh lembut. Sekali tengok memang korang sure akan beli punya.

Tambah-tambah, dengan tawaran harga diskaun murah yang di berikan, berbaloi untuk beli. Setakat 3 – 4 bijik tu senang-senang jer korang akan terbeli. Boleh bawa balik makan kat rumah.

Tapi, macam aku, makan sebijik jer dah puas. Selebihnya boleh bungkus bawak balik rumah. Tapi kalau tengok gaya member-member lain, mereka boleh makan donuts ni sampai 2 – 3 bijik. Perghhh !!! Pelihara saka ke apa? Hahahaha

By MrJocko

I'm Travel Blogger Malaysia. MrJocko is a multiple award-winning travel writer, tv host, photographer and social media influencer based in Kuala Lumpur, Malaysia. Been collaborating and writing for many tourisms and travel since 2000.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.