Site icon Travel Blogger Malaysia

Resipi Bulan Ramadhan Ais Kacang Ayam Brand

Bulan Ramadhan seperti ini, jarang kita lihat orang meniaga Ais Kacang. Yang banyak ialah air buahan, air kelapa, air tebu dan juga Lai Chee Kang. Jadi untuk anda peminat Ais Kacang, apa kata buat sahaja resipi bulan Ramadhan, iaitu Ais Kacang yang sedap ini di rumah dengan menggunakan produk Ayam Brand.

Resipi Bulan Ramadhan

Resipi Bulan Ramadhan
Resipi Bulan Ramadhan Ais Kacang

Resipi Bulan Ramadhan AIS KACANG : Hidangan untuk 4

BAHAN-BAHAN
4 cawan ais yang telah dikisar
200g kacang merah besar, simpan sedikit untuk hiasan
100g kacang dipanggang dan ditumbuk kasar
100g biji sago, dimasak
200ml sirap ros
200g gula Melaka, dicairkan dengan 100g air
200ml Santan Kelapa Ayam Brand™
150g Krim Jagung Ayam Brand™
 
PENYEDIAAN:
Untuk menyediakan resipi bulan puasa ini, sediakan mangkuk. Kemudian, agihkan kacang merah, kacang dan sago dalam mangkuk. 
Tambahkan ais kisar diatasnya.
Tuang sirap ros ke atas ais kisar, diikuti dengan gula Melaka, dan santan(kuantiti bergantung kepada citarasa anda).

CARA HIDANGAN:
Letakkan satu sudu jagung manis berkrim diatasnya bersama bahan-bahan hiasan yang disimpan tadi. 
Hidangkan segera sebelum ais cair.

Selamat mencuba resipi bulan Ramadhan yang sedap seperti resipi Ais Kacang Ayam Brand sempena menu berbuka bulan puasa :). Untuk menu dan resipi Ramadhan yang lain boleh pilih menu mana yang anda suka di internet.

Nak lihat menu lain yang menarik, boleh cari cara menu-menu sedap di laman web Ayam Brand http://www.ayambrand.com.my

Exit mobile version