Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Resipi Bulan Ramadhan Bubur Cha Cha Ayam Brand

Satu lagi resipi bulan Ramadhan yang MrJocko suka makan ialah resipi Bubur Cha Cha. Kalau anda kembara di kebanyakkan negara lain susah jugak nak jumpa bubur dan bubur di Malaysia antara bubur yan terbaik. Kebanyakkan yang ada di sana lebih kepada sup. Jadi, kalau nak makan Bubur yang sedap, kebanyakkannya dari Malaysia.

Hari ni MrJocko nak kongsi tentang resipi bulan Ramadhan Bubur Cha Cha dan cara membuatnya dengan menggunakan produk Ayam Brand.

Resipi Bulan Ramadhan Bubur Cha Cha

Bubur Cha Cha

BUBUR CHA CHA : Hidangan untuk 2 orang

BAHAN-BAHAN

  • 200g kentang
  • 200g keladi
  • 400ml air
  • daun pandan
  • garam secukup rasa
  • 1 pek 200ml Santan kelapa Ayam Brand™

MENGUKUS:

Boleh pilih untuk cara tradisional ataupun menggunakan periuk tekanan untuk mengukus keladi dan kentang sehingga lembut tetapi kekal bentuk kuib yang asli

CAMPURAN:

Semasa menantikan keladi dan kentang siap, campurkan setengah santan dengan air, garam, gula dan daun pandan dalam periuk bersaiz sederhana dan biarkan mendidih. Keluarkan kentang dan keladi dari pengukus dan tambahkan ke dalam campuran. Didih dan kacau selama 2 minit. Tambahkan santan yang selebihnya untuk mengekalkan aroma, kacau sekali lagi dan hentikan didihan. 

Resipi Bulan Ramadhan Bubur Cha Cha

CARA HIDANGAN:

Hidangkan dengan segera ke dalam mangkuk. Jika anda sukakannya sejuk, letakkan sedikit ais. Nak lagi sedap boleh letak campuran lain seperti buah badam, biji gajus dan lain lain.

Ada menu lain lagi yang lebih sedap menggunakan produk Ayam Brand di sini www.ayambrand.com.my

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.