Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Resipi Bulan Ramadhan Resipi Pulut Mangga Ayam Brand

Bulan Ramadhan seperti ini, sekali sekala mencuba menu baru memang best kan? Khas buat akak-akak yang selalu masak dan juga yang rajin memasak, mencari menu baru untuk di cuba, apa kata cuba menu resipi Pulut Mangga Ayam Brand yang diberi nama Nasi Berkrim Bersama Mangga ciptaan dari Ayam Brand ini.

Sekali tengok, ia seperti masakan atau resipi Pulut Mangga, tetapi ia berbeza kerana menggunakan beras nasi biasa dan bukan beras pulut.

Resipi Nasi Pulut Mangga

Resipi Nasi Berkrim Bersama Mangga Ayam Brand
Resipi Pulut Mangga Ayam Brand

santan-kelapa-ayam-brand

 

Nasi Berkrim Bersama Mangga (Resipi Pulut Mangga)

Hidangan untuk 2 atau 3

BAHAN-BAHAN

  • 1/2 cawan kelapa parut
  • 1 1/2 cawan beras
  • 1 /2 cawan gula kastor
  • 4 cawan air
  • 2 mangga, dikupas, dibuang biji dan dihiris
  • 1 paket 200ml Santan Kelapa Ayam Brand™

Resipi Bulan Ramadhan Nasi Pulut Mangga

MEMBAKAR

Sapukan kelapa parut dengan rata atas dulang pembakar dan letakkan kedalam ketuhar yang dipanaskan ke 190ºC selama 10 minit sehingga keperangan.

MENDIDIH

Campurkan nasi, gula dan air dalam periuk dan didihkan. Didih selama 15-20 minit, sehingga air diserap oleh nasi. Keluarkan dulang dari ketuhar dan letakkan kelapa parut disebelah. masukkan santan kelapa. Untuk mengekalkan aroma, perlu ingat supaya hanya masukkan santan dipenghujung resipi. 

CARA HIDANGAN

Hidangkan nasi bersama mangga hirisan dan taburkan parutan kelapa yang telah dibakar diatasnya. Maka, siaplah resipi Pulut Mangga Ayam Brand yang sedap untuk hidangan berbuka sekeluarga.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.