Resipi Durian Crepe Yang Sedap Perlu Anda Cuba
|Banyak kali beli durian crepe yang sedap yang dijual oleh kawan-kawan dan juga yang kat kedai. Memang sedap sangat. Kalau la tahu cara nak buat resipi durian crepe ni. Ada tak Resipi Durian Crepe Yang Sedap Perlu Anda Cuba?
Cari punya cari, terjumpa la resipi durian crepe yang sedap dari Facebook Hesti. So, nak kongsi juga resipi durian crepe yan gsedap ini dengan korang semua.
Bahan-bahan untuk membuat Durian Crepe :
250 gm tepung gandum
3 biji telur
500 ml santan
1/2 sudu teh garam
1 sudu teh pandan emulco
1 sudu teh pewarna Hijau/Kuning/Oren
Cara membuat kulit lapisan Durian Crepe :
Satukan semua bahan di atas di dalam bekas
Kacau rata
Masukkan dalam blender dan kisar
Kemudian tapis
1)Sediakan kuali leper untuk membuat crepe yang tidak melekat
2)Panaskan hingga kuali benar-benar panas
3)Oleskan sedikit minyak pada kuali
4)Kemudian kecilkan api
5)Tuangkan satu senduk kecil ke dalam kuali dan masaklah adunan tadi hingga menjadi crepe
6)Adunan tak perlu di balikkan
7)Bila permukaan atasnya dah kering terus angkat
8)Buat sehingga habis
9)Biarkan sejuk.
Cara buat Durian Filling :
1 cawan Non dairy Whipping Cream
Isi durian secukupnya
Pukul Whipping Cream dalam mixer hingga kental
Pisahkan isi durian dari bijinya. Lumatkan sedikit
Bentangkan 1 keping crepe
Letakkan Whipping Cream di tengahnya
Letakkan isi durian
Tutupkan semula dengan Whipping Cream
Lipatlah durian crepe anda yang telah masak
Kemudian simpan dalam peti ais sebentar untuk bagi ia rehat
Bila sudah sedia, Durian Crepe ini enak di hidangkan dalam keadaan dingin (semasa sejuk )
Rujukan : Hesti
Secara peribadi, MrJocko dan wife bukan tukang masak yang hebat. Cukup la kami memasak menu biasa dan untuk kami-kami sahaja. Tapi bila melihat resipi Durian Crepe yan gsedap ini, terus terasa kami semua pakar dalam membuat menu yang sedang viral sekarang ini.
Oh ya, warna warna Kulit Lapisan Durian Crepe ini boleh korang buat ikut suka warna kegemaran korang semua. Nak bagi normal, warna kuning. Kalau nak warna yang pelik, letak la warna purple atau pink. Resipi Durian Crepe yang sedap bukan terletak pada warna kulit tetapi pada rasanya 🙂