Resipi Ikan Rebus Kelantan #MrJockoCanCook
|Ramai yang katanya sukan makan Ikan Rebus Goreng, Jadi, aku nak kongsi Resipi Ikan Rebus Kelantan #MrJockoCanCook, cara aku selalu masak kalau kat rumah. Cara sangat mudah dengan menggunakan bahan asas yang sikit dan ada di dapur. Masa masak pun tak lama, dalam 10 minit dah boleh siap.
Asal menu ikan rebus goreng ni, setahu aku, zaman dulu-dulu orang kampung tak ada peti ais. Jadi mereka beli ikan banyak-banyak, kemudian rebus di dalam satu periuk. Untuk yang suka kuah, boleh makan dengan kuah ikan rebus. Selang sehari dua, mereka akan mula goreng ikan rebus yang telah dikeringkan. Jadi, makanan ini boleh tahan sehingga 2 – 3 hari tanpa basi.
Baca : Mee Celup Kelantan
Resipi Ikan Rebus Kelantan #MrJockoCanCook
Kalau nak ikut resipi ikan rebus Kelantan cara aku, aku buat mudah sahaja. Bahan-bahan :
1. Ikan
2. Lengkuas (mengikut jumlah ikan yang nak dimasak)
3. Halia (mengikut jumlah ikan yang nak dimasak)
4. Asam Keping (mengikut jumlah ikan yang nak dimasak)
5. Garam (mengikut jumlah ikan yang nak dimasak)
6. Gula (mengikut jumlah ikan yang nak dimasak)
7. Satu batang Serai
8. Air Asam Jawa (Sedikit)
Cara-cara :
1. Siang ikan dengan buang insang
2. Basuh dan toskan air
3. Campurkan Lengkuas, Halia (dipotong halus) ke dalam ikan yang sudah siap dibasuh
4. Masukkan dalam Periuk
5. Tambah Air Secukupnya
6. Guna api sederhana
7. Bila dah mendidih, tambah garam, gula, asam keping, serai
8. Masak sehingga air tinggal separuh (Dalam 7-8 minit)
9. Hidangkan
10. Toskan Air jika nak goreng.
Mudahkan? Tak lama nak buat benda ni. Kena pulak hidang dengan ulam petai, budu, cencalok atau sambal belacan. Sedap. Sila cuba…