Resipi Ketupat Sotong Kelantan Yang Sedap
Siapa nak Resipi Ketupat Sotong Kelantan Yang Sedap? Bagi yang belum pernah rasa Ketupat Pulut Sotong Kelantan atau ada orang panggil Sotong Sumbat Pulut. MrJocko memang syorkan korang cari di mana-mana kedai Kelantan, pasal rasa dia sedap. Kalau nak masak sendiri pun boleh, mudah jer pun. Kalau bulan puasa, seekor sotong sumbat pulut ni boleh cecah RM5 seekor.
Semalam, kitaorang ke Kampung Melayu Subang umah sepupu MrJocko untuk memasak Resipi Ketupat Sotong Kelantan kat sana. Jom MrJocko share resepi masakan Ketupat Sotong.
Baca : Ketupat Sotong Menu Tradisional Orang Kelantan
Resipi Ketupat Sotong Kelantan

Resipi Ketupat Sotong Kelantan
Bahan-bahan.
Sotong Segar, kalau boleh saiz XXL
Santan Segar secukupnya (Kiraannya macam nak masak gulai)
Beras Pulut secukupnya
Sedikit daun pandan
Gula Merah Kelantan – Nise 5 – 6 kerek (kalau tak ada mana-mana gula merah pun ok)
Sedikit Serbuk Kopi
Sedikit Garam
Lidi untuk mencucuk
Cara Memasak.
Bersihkan Sotong, keluarkan isi perut dan kepala.
Masukkan beras pulut ke dalam isi perut sotong, hingga 3/4 badan sotong.
Tutup badan Sotong dengan kepala Sotong dan cucuk 2 lidi (cross) untuk mengelakkan beras pulut keluar.
Masak santan segar dan kemudian letakkan sotong perlahan-lahan. Gunakan api sederhana.
Bila agak2 sotong hampir masak, masukkan Gula Melaka (Nise) dan kemudian sedikit sahaja serbuk kopi untuk memberikan warna hitam.
Masukkan juga daun pandan kemudian anggaran sedikit garam.
Tunggu sehingga lebih kurang sejam dari masa mula-mula masak.
Ketupat Sotong Kelantan
Related
Related Posts
-
Mari Mencuba Steamboat Johnny’s Restaurant One UtamaNo Comments | Mar 16, 2012
-
Review Makan Di Restoran Nasi Lan Kedah Putrajaya3 Comments | Jan 9, 2019
-
Keropok Lekor Kampung Tok Beng Kuala Terengganu1 Comment | Aug 19, 2014
-
Mari Makan Big Apple Donut di Midvalley2 Comments | Jan 30, 2012
About The Author
MrJocko
I'm Travel Blogger Malaysia. MrJocko is a multiple award-winning travel writer, tv host, photographer and social media influencer based in Kuala Lumpur, Malaysia. Been collaborating and writing for many tourisms and travel since 2000.
Add a Comment
Cancel reply
This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.
laaa tadi kat JJCM (Jalan-Jalan Cari Makan) ada tunjuk Ketupat Sotong.. tapi yang kat Terengganu la.. nampak sedap jer… tapi idea sotong dengan gula merah nih yg nak kena try nih
kumanx.blogspot.com
senang jer masak bro,,,
Pernah makan tetapi sudah agak lama.
kena makan lagi boss,,, sedap