Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Resipi Masak Sate Ayam Sate Daging Bakar Guna Ketuhar

Musim PKP, pasti sangat bosan bila stay at home dengan tidak berbuat apa-apa. Di sebabkan tidak mahu buang masa, kali ini sekali lagi saya mencuba menu baru, resipi sate yang viral. Cuma kali ini, kami tak bakar dengan arang, kami cuba cara lain yang agak luar biasa. Ini cara kami, cara Resipi Masak Sate Ayam Sate Daging Bakar Guna Ketuhar.

Kalau di Kuala Lumpur, susah sikit kalau nak bakar sate jika tinggal di rumah bertingkat seperti kami. Nanti asap berkepul dan mesti akan ada orang komplen. Jadi paling mudah, kami guna ketuhar sahaja untuk memasak sate ayam sate daging ini.

Baca : Menu Sate Harimau Menangis cara Kami

 


Resipi Masak Sate Ayam Sate Daging Bakar Guna Ketuhar

Resipi Masak Sate Ayam Sate Daging Guna Ketuhar 01 copy

Resipi Masak Sate Ayam Sate Daging Guna Ketuhar 01 copy
Sate yang sudah diperah semalaman

 

Untuk permulaan, saya kongsikan resipi untuk perapan. Dengan menggunak sekitar 2kg ayam dan juga 2kg daging, kami potong dadu sati sekitar saiz 1 inci dan cucuk dengan kayu sate. Lepas tu kami perap dengan bahan bahan seperti di bawah :

Bawang putih 1 labu.
Bawang besar 2 biji.
Halia 2 1/2 inci.
Serai 6 batang.
Lengkuas 2 inci.
Ketumbar 10 grm.
Jintan Putih 20 grm.
Kunyit serbuk 50 grm.
Kunyit hidup 3 inci.
Gula Merah 1 cawan.

Selepas kami perap satu malam, ia sudah sedia untuk di masak dengan ketuhar.

Menggunakan suhu 150°C dengan dibakar selama 20 minit pasa sessi pertama. Pastikan minyak masak di sapu diatas sate untuk memberi rasa lemak dan ia meresap masuk ke daging.

Selepas sei pertama, terbalikkan dan bakar sekali lagi selama 15 minit dengan suhu 150°C.

Biasanya suhu ketuhar dan masa yang diambil berbeza bergantung pada saiz ketuhar yang kita guna. Kalau anda sellau guna ketuhar mesti pandai agak.

Selepas sekitar 40 minit membakar dengan ketuhar, keluarkan dan hidangkan. Jika anda suka pedas, taburkan chilli flakes atau serbuk lada biasa.
 

Resipi Masak Sate Ayam Sate Daging Guna Ketuhar 03

Resipi Masak Sate Ayam Sate Daging Guna Ketuhar 04
Masak Sate guna Ketuhar

Saya follow resipi dari laman web RASA.

Tips untuk rasa sate yang lembut dan sedap, pastinya pilihan perapan. Pastikan juga anda guna suhu yang betul jangan terlalu panas kerana ia boleh mengeringkan ayam atau daging. Suhu rendah pun tidak mengapa, cuma ia lambat untuk masak.

InsyaAllah, kalau dah cuba cara masak Sate Ayam Sate Daging guna ketuhar ni, pasti anda akan cuba lagi sebab ia mudah dan menjimatkan masa dan bajet anda. Selamat Mencuba…

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.