Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Resipi Masak Sotong Secukup Rasa Cara Chef Amatur

Cerita Resipi Masak Sotong Secukup Rasa Cara Chef Amatur. Mungkin ramai yang tahu yang Wife MrJocko kini tengah mengandung anak ketiga kami. InsyaAllah harap semua selamat. Dan untuk kali ketiga ini, memang Wife kena sindrom orang mengandung yang sangat teruk. Muntah, badan lemah dan malas nak buat kerja rumah. Nasib la…

Sebab banyak kerja rumah tertangguh, oleh kerana itu, terpaksa la MrJocko ambil alih kerja-kerja rumah seperti basuh pakaian, memasak dan jaga anak-anak.

Resipi Masak Sotong

 


Resipi Masak Sotong Secukup Rasa Cara Chef Amatur

So, hari minggu yang lepas, MrJocko masuk dapur dan masak untuk anak-anak. Buat menu mudah jer, masak Sotong Secukup Rasa. Cara nak buat pun mudah.

Ini dia Resipi Masak Sotong Secukup Rasa Bahan-bahan :

Sotong – 1/2 kilo

Sos Tiram – 5 Sudu
Kiub Ayam Knorr – 1 Kiub
Perencah Secukup Rasa Maggi 
Susu Rendah Lemak – 3 cawan
Garam
Serbuk Kunyit
Bawang Kuning – setengah biji

Cara memasak :

Perap sotong yang sudah dibasuh dan dipotong menggunakan Sos Tiram.

Panaskan kuali dengan sedikit minyak masak dan goreng sotong tersebut bersama air perapan tadi. Masukkan sedikit serbuk kunyit.
Bila agak-agak sotong dah separuh masak, masukkan kiub ayam Knorr dan gaul biar sebati.
Masukkan susu rendah lemak dan kacau biar sebati.
Masukkan perencah Maggi Secukup Rasa.
Biarkan ia dalam 10 minit dan bila masak, boleh la di hidangkan 🙂

Selamat mencuba yer…

resipi masak sotong

resipi masak sotong

resipi masak sotong

For sure la anak-anak MrJocko cakap sedap. Wife pun tambah makan nasi sampai 2 kali 🙂

p/s: Korang nak tahu resipi lain yang sedap, tunggu resepi lain di blog MrJocko yer…

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.