Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Resipi Omelet Simple MrJocko

 

Jumaat, semalam, aku ambik leave. Dah malas rasa nak pergi kerja. Kenapa, malas dah nak deal dengan boss yang tak reti-reti bahasa. Kerja tak ada masalah, tapi bila deal dengan orang macam tu, rasa macam kerja dengan mereka yang hanya pandai “bercakap” sahaja.

 

Tak per, ignore jer pasal ofis, kita citer pasal MrJocko jer,,, hahaha

 

So, pasal cuti, duk rumah jer la kalau tak der kerja lain. Pagi hantar anak ke rumah bibik, lepas tu balik rumah siapkan mana-mana kerja business Unit Trust aku yang belum aku siapkan. Dah abis susun form, isi form, perut rasa lapar, rupa nya aku belum sarapan.

 

Masuk dapur, aku lihat ada telor dalam fridge, apa lagi, aku rasa macam nak masak omelet jer la, simple. Tapi tak leh nak buat best-best pasal bawang, cili tomato hijau besar dan carrot semua  tak ada. 

 

Lapar punya pasal, aku goreng telur ni simple sahaja. Siapa nak belajar cara masak Omelet, aku boleh share cara mudah yang aku buat. Resipi menu telur Omelet simple, bila cuma campurkan telur dengan Mayonis sahaja, lepas tu goreng dengan api sederhana. Biarkan selama 3 minit. Siap. Campurkan Sos Cili atau Tomato mengikut citarasa anda. Mudah kan…

Resipi Omelet Simple

 

resipi omelet mudah
Panaskan minyak,,,

 

resipi omelet mudah
mixedkan dengan Mayonis, kacau biar sebati,,,

 

resipi omelet mudah
cam aku goreng sedikit garing,,,

 

resipi omelet mudah
dah siap… sila makan,,, 🙂



 

So, pagi tu aku cuma breakfast Omelet biasa sahaja. Nampak simple, mudah, tapi rasanya tetap sedappp…

MrJocko.com

 

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.