Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Resipi Red Bean Buns Wind Chimes In A Bakery

Resipi Red Bean Buns Wind Chimes In A Bakery

 

Dah dekat sebulan sejak pelancaran drama pendek dari Samsung yang bertajuk Wind Chimes In A Bakery lakonan Ahmad Nabil dan Koe Yeet dibawah arahan pengarah terkenal Korea Selatan Jang Jae Hyeok.

 

Antara yang menarik perhatian ialah, resipi Red Bean Buns yang menjadi salah satu element penting dalam drama ini. Nak tahu resipi Red Bean Buns? MrJocko akan kongsikan resipi Red Bean Buns ini dengan anda.

Resipi Red Bean Buns 

Bahan Bahan

4 Cawan Susu Segar

1 Cawan Minyak Sayuran

1 Cawan Gula

7 Gram Yis

9 Cawan Tepung Serbaguna (8 cawan untuk doh dan 1 cawan untuk tambahan)

1 Sudu Teh Baking Powder

1 Sudu Teh Baking Soda

1 Sudu Teh Garam

500 Gram Pes Red Bean

 

 

Drama Wind Chimes In A Bakery
Resipi Red Bean Buns Wind Chimes In A Bakery

 

Resipi Red Bean Buns Wind Chimes In A Bakery

 

 

Cara Buat Resipi Red Bean Buns Wind Chimes In A Bakery

 

Step 1

Panaskan Susu dengan minyak sayuran dan gula dengan kepanasan seebelum ia menggelegak. Bila dah sampai suhu yang diperlukan (suhu panas sederhana), sejukkan campuran tersebut sehingga ia menjadi suam. Jangan masak susu sehingga menggelegak.

 

Step 2

Apabila berada dalam keadaan suam, campurkan 8 cawan gandum dan yis ke dalam campuran susu tersebut. Uli gandum tersebut biar sebati dan kemudian rehatkan doh selama satu jam. Tutup dengan kain tuala yang bersih.

 

Step 3

Selepas satu jam, masukkan bakin powder, baking soda, garam dan satu cawan lagi tepung gandum. Uli biar sebati dan rehatkan selama 5 minit.

 

Step 4

Timbang doh anda dengan saiz yang sama (biasanya dapat 35 rolls) dan kemudian uli doh dalam bentuk bulat dan masukkan red bean di tengah-tengah dan tutup kembali dengan doh tersebut. Ulang sehingga selesai 35 rolls.

Sapu mentega atau marjerin di atas doh yang telah siap dah hiasnya dengan bijan atau red bean mengikut citarasa anda.

 

Step 5

Panaskan oven 180 darjah Celcius dan tutup doh dengan tuala bersih dan biarkan doh rehat selama 20 minit sebelum dimasukkan ke dalam oven.

 

Step 6

Selepas doh sudah di rehatkan, bakar doh dalam oven yang telah dipanaskan dengan suhu 180 darjah Celcius selama 15-18 minit sehingga berwarna keemasan, Ia siap untuk di hidangkan.

 

Selamat mencuba resipi Red Bean Buns Wind Chimes In A Bakery 🙂

 

Resipi Red Bean Buns Wind Chimes In A Bakery

 

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.