Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Resort World Genting Malaysia Akan Kembali Beroperasi

Resort World Genting Malaysia akan kembali beroperasi dalam masa yang terdekat. Khabarnya, Menteri Pelancongan Datuk Seri Nancy Shukri turut menyambut baik keputusan Resort World Genting untuk membuka operasinya. Ia salah satu petanda positif dan sebagai usaha memulihkan sektor pelancongan di Malaysia.

Nancy Shukri telah diberikan taklimat oleh Head of Business Operations and Strategies, Genting Malaysia Berhad GENM, Lee Thiam Kit. Kumpulan Genting World Resort (RWG) akan mencapai sehingga 99% vaksinasi di dalam kalangan pekerjanya pada 12 September 2021.

Baca : Menonton Persembahana SkySymphony Genting Highland

Resort World Genting Malaysia

 


Resort World Genting Malaysia Akan Kembali Beroperasi

Resort World Genting Malaysia

Resort World Genting Malaysia
 

”Alhamdulillah, saya menyambut baik keputusan mereka dan menyatakan pertimbangan mengenainya adalah tertakluk kepada kesediaan pihak industri yang memenuhi kriteria-kriteria tertentu seperti pekerja sektor ini yang telah mendapat vaksinasi lengkap serta kemudahan pusat kuarantin yang terdapat di situ,” kata Nancy menerusi Facebooknya.

Pihak RWG akan beri jaminan bahawa pembukaan kembali operasi ini dengan melaksanakan pematuhan SOP yang ketat dan bersedia sepenuhnya untuk beroperasi.
 

Resort World Genting Malaysia

Resort World Genting Malaysia
Kaunter Tiket SkyWorld

Resort World Genting Malaysia
 

Genting Highlands Malaysia Akan Kembali Beroperasi

Berikutan dengan rancangan pembukaan kembali operasi RWG, Kementerian Pelancongan mengingatkan pihak RWG bahawa tiga SOP untuk penggiat industri pelancongan di pusat peranginan Genting Highland yang dikemukakan MOTAC kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) telah pun mendapat kelulusan.

“SOP tersebut melibatkan sektor perhotelan, agen pelancongan dan acara perniagaan (Business Events),” kata Nancy lagi.

Namun, berkenaan dengan permintaan untuk membuka semula aktiviti di taman tema, kata Nancy MOTAC telah mencadangkan untuk kebenaran aktiviti tersebut dibuka pada Fasa Ke-2. Pada masa ini, aktiviti tersebut hanya dibenarkan pada Fasa ke-4.

“Kita memahami keperluan untuk semua membenarkan aktiviti-aktiviti pelancongan dan kebudayaan di negara ini demi menyokong dan memulihkan semula pelancongan domestik di Genting yang melibatkan lebih 11,000 pekerja yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam eko-sistem di pusat peranginan berkenaan,” kata beliau.

Nampaknya, usaha yang terbaik untuk menggerakkan kembali aktiviti pelancongan di dalam Malaysia. Cuti-cuti Malaysia akan kembali meriah dengan pembukaan kembali beberapa tempat-tempat menarik di Malaysia.

Kaki Travel pasti akan kembali melancong dan meneroka destinasi pelancongan popular di Malaysia, selepas hampir 2 tahun terperuk di dalam rumah. Bersedia, jom kita support usaha yang baik untuk kebaikan bersama.

Jangan lupa, kalau ke Genting Highlands, nanti singgah shopping di Genting Premium Outlet.

Resort World Genting Malaysia
Genting Premium Outlet

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.