Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Resorts World Genting Meraikan Golongan Kurang Bernasib Baik

Tanggal Sabtu, 23 Mac 2013 yang lepas, pihak Resorts World Genting sekali lagi bermurah hati untuk menaja dan meraikan kanak-kanak dan mereka yang kurang bernasib baik untuk sama-sama menonton Tayangan Amal sebuah filem epik kanak-kanak ‘Oz The Great and Powerful’ di First World Cineplex.
Kanak-kanak dan mereka yang kurang bernasib baik ini dibawa khas dari beberapa rumah kebajikan sekitar Kuala Lumpur dan diraikan dalam majlis yang sederhana tetapi meriah. 

Mereka terlebih dahulu di bawa untuk bersarapan dan kemudiannya bersama-sama menyaksikan tayangan filem Oz The Great and Powerful dalam bentuk tayangan 3D. Rata-rata kanak-kanak dan mereka yang hadir teruja dengan pengalaman menyaksikan filem tersebut dalam bentuk 3D. Kegembiraan jelas terpancar dari wajah mereka.
Mungkin ia menjadi pengalaman pertama buat mereka dan aktiviti sebegini sedikit sebanyak memberikan mereka kecerian dalam hidup bersama kawan-kawan.
Setelah selesai tayangan amal tersebut, mereka dibawa terus ke First World Cafe untuk menikmati hidangan buffet yang enak di sana. Kali ini mereka di sajikan dengan pelbagai makanan termasuk kek, aiskrim, buahan, lauk pauk yang sedap serta menu-menu terbaik hidangan chef First World Cafe. MrJocko sendiri mengakui, menu di First World Cafe memang sedap dan punyai pelbagai pilihan yang sedap.

Pihak penaja, Resorts World Genting kemudiannya memberikan cenderahati kepada kanak-kanak dan mereka yang kurang bernasib baik ini sebagai tanda kenangan. Ia tidak habis di situ, kerana menjelang petang kesemua mereka dibawa untuk bermain di Genting Outdoor Theme Park dan Genting Indoor Theme Park.
Terima kasih buat Resorts World Genting bagi pihak kanak-kanak dan mereka yang kurang bernasib baik ini. Walaupun usaha amal ini dilihat seperti kecil, tetapi aktiviti ini sedikit sebanyak memberikan keceriaan di hati kanak-kanak ini. Mereka mungkin tidak bernasib baik seperti kita, tetapi mereka juga perlukan sedikit perhatian dari syarikat-syarikat yang bermurah hati seperti Resorts World Genting ini.
Semestinya usaha yang sedikit ini akan memberikan anak-anak ini sedikit harapan untuk hidup. Semoga usaha murni dan amal ini akan berterusan dan akan menjadi contoh kepada syarikat-syarikat korporat yang lain. 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.