Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Review Malaychan Restaurant Di Tokyo Jepun Citarasa Malaysia

Sehingga ke hari ini, MrJocko masih teringat pengalaman singgah di Malaychan Restaurant, sebuah restoran unik makanan Melayu dan Halal yang terletak di tengah bandaraya Tokyo, Jepun. Lokasi mudah restoran Malaychan Tokyo ini, ialah cuma 5 minit jalan kaki dari Stesen Ikebukuro. Antara bandar yang dekat dengan Malaychan Restaurant Di Tokyo ini ialah bandar Shizuoka, Nikko dan Hamamatsu.

MrJocko dan rakan-rakan berpeluang merasai pengalaman di sini setelah di bawa oleh Travel Company yang menguruskan perjalanan kami ke Tokyo. Ternyata, restoran Malaychan Tokyo ini merupakan restoran wajib singgah kalau ke Tokyo. Ia sangat unik dan memang menarik.

Makan : Makanan Halal Muslim Di Shinjuku Jepun

 


Review Malaychan Restaurant Di Tokyo Jepun Citarasa Malaysia

Malaychan Restaurant Tokyo : Halal Restaurant

Review Hotel : Tokyo Dome Hotel

Spice Road Shinjuku : Menu Halal Tokyo

Malaychan Restaurant Tokyo : Halal Restaurant

Malaychan Restaurant Tokyo : Halal Restaurant

Pada kesempatan kami singgah hari itu, kami dihidangkan dengan masakan seperti Ayam Goreng Rempah, Sotong Masak Merah, Tomyam, Kari Daging, Kangkung Masak Belacan, Dalca, Papodom, Satay dan beberapa kuih Melayu. Sangat teruja kerana bila berada di dalam restoran Malaychan Tokyo ini, kami terasa seperti di dalam Malaysia.

Malaychan Restaurant Tokyo : Halal Restaurant

 

Malaychan Restaurant Tokyo : Halal Restaurant

 

Malaychan Restaurant Tokyo : Halal Restaurant

Rasa menu halal di Malaychan Restaurant yang dimasak boleh tahan. Banyak lauk pauk di Malaychan yang masih mempunyai rasa kemelayuan kerana salah seorang pekerja di Malaychan pada waktu itu ialah seorang pelajar Malaysia yang berkerja secara sambilan. Dia menjadi translator kami sepanjang kami berada di Malaychan Tokyo.

Semestinya Restoran Malaychan Tokyo antara lokasi menu halal antarabangsa yang terbaik. Walaupun restoran ini kelihatan agak sempit, tetapi begitu la cara kehidupan masyarakat di Jepun. Kalau ke Tokyo, singgah la di Malaychan Restaurant untuk menikmati menu Malaysia.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.