First Time ke Restoran Al-Rawsha Kampung Pandan
|Jumaat malam lepas, aku ke Restoran Al-Rawsha Kampung Pandan Kuala Lumpur. Member lama, En Fadzril ajak aku jumpa dia kat sana. Aku pun kebetulan nak jumpa dia dan bagi statement investment dia skali. Jadi, kebetulan la.
First time aku singgah sini. Dari luar Restoran Al-Rawsha Kampung Pandan ni memang tak ubah seperti Istana yang besar. Nampak gah, mewah dan sangat-sangat menakjubkan. Bila masuk ke dalam, lagi la nampak takjub. Konsep restoran Arab yang aku jarang-jarang singgah. Tak pandai nak makan makanan arab ni.
masuk sajer ke dalam restoran ni buatkan aku takjub. Interior deko dalaman nya cukup arabic. Besar dan nampak seperti memasuki istana lama cuma bezanya tak ada satu pun langsir. Dekorasi yang nampak simple tapi cantik ooo…
Dah duduk di meja Fadzril, aku tengok dia asyik layan Shisha. Aku tak reti semua tu, so aku layan Teh Herba jer la… Satu Teko boleh la minum 2 – 3 kali. Sambil nak alas perut yang dah kenyang, aku order Kebab Kambing. Share dengan Fadzril, pasal size dia boleh tahan besar.
Kata Fadzril, menu makanan arab di Al-Rawsha Kampung Pandan ni banyak yang best. Antara menu resipi makanan yang best kat Rawsha Nasi yang di dalamnya ada Kambing dan Ayam. Next time boleh cuba. TQ Fadzril pasal belanja,,, hahaha,,, next week aku belanja ko, tak da halll,,,,
Restoran Al Rawsah Kampung Pandan KL
Harga makanan memang boleh tahan… |
Oh ya, parking kat Al-Rawsha Kampung Pandan ada banyak jugak. Parking juga percuma. Cuma kalau selalunya time dinner atau makan tengahari, kawasan ni selalu penuh, maka korang boleh parking di seberang jalan di bawah Flyover jambatan.
MrJocko.com
ohh mmg favorite spot akak dgn family ni.. mmg sedap2 semuanya…
sangat sedap,,, saya try Kebab jer pun,,, next time bleh try Nasi Kambing 🙂
kat iCity pun ada ni.. tpi tak berapa nak layan makanan arab ni..huhu…
kambing dan daging selalunya sedap kalau makanan arab ni