Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Restoran Bangkok House TTDI Hidang Menu Thai Sebenar

Pertama kali sampai di Restoran Bangkok House TTDI, MrJocko dan keluarga teruja dengan dekorasi restoran ini. Dari luar sudah nampak eksklusif. Dari dalam, nampak memang gah dan mungkin ramai yang akan anggap harga makanan di sini mahal. Sebenarnya tidak. 

Jangan anggan restoran cantik ini akan menetapkan harga mahal untuk menu masakan Thailand. Restoran ini adalah salah satu restoran citarasa Thailand yang terbaik setakat ini pernah MrJocko cuba dengan harga makanan yang berbaloi untuk semua. 

 

Bangkok House TTDI 01 copy

 

Apa yang MrJocko faham, konsep makanan di dalam restoran Bangkok House TTDI ini adalah menu makanan Thai Asli yang dimasak mengikut menu asli Thailand, tetapi ia dipadankan dengan konsep makanan Halal Muslim.

Ya, makanan di Bangkok House ini adalah Halal, jangan risau, menu masakan di semua cawangan Restoran Bangkok House dimasak dengan sebaiknya. Pilihan menu yang disediakan juga pelbagai dengan citarasa Thai Asli dan di susun dengan citarasa kita ornag Malaysia.

 

Bangkok House TTDI 02 Bangkok House TTDI 03 Bangkok House TTDI 04 Bangkok House TTDI

Bangkok House TTDI Bangkok House TTDI 07 Bangkok House TTDI 08

 

Untuk kami cuba kali ini, sudah pasti menu terkenal Ikan Siakap Stim Limau yang memang sedap, Tom Yam Kaw Bangkok House, Telur Dadar Goreng, Sayur Goreng, Kangkung Goreng Tepung dan semestinya menu yang anda wajib cuba di Bangkok House TTDI ialah Meang Khum (welcome snack). Sedap,,,!!!

 

Bangkok House TTDI 10

 

 

Untuk anda yang ingin mencuba menu-menu masakan Thailand yang sedap di Bangkok House, anda boleh layari laman Fanpage Restoran Bangkok House ini. Ada banyak pilihan lain lagi di sini, dan sudah pasti pilihan yang boleh anda cuba ialah Soft Shell Crab, Siakap Stim, Udang dan beberapa menu Tom Yam putih yang memang sedap.

Sempena dengan Sambutan Tahun Baru Cina, anda boleh meraikannya di bangkok House dengan harga tawaran istimewa. Promosi Yee Sang Tahun Baru Cina di Bangkok House adalah seperti berikut :

Vegetarian Yee Sang 
RM35 medium (2-4pax)
RM55 large (6-8pax)

Salmon Yee Sang
RM88 medium (2-4pax)
RM133 large (6-8pax)

Anda boleh menempah menu Yee Sang Tahun Baru Cina ini seawal 2 hari. Lawat cawangan Restoran Bangkok House berdekatan anda :
Petaling Jaya ( Section 14)
Kota Damansara ( Sunway GizaMall )
Mont Kiara ( 1Mont Kiara Mall ) ️
Taman Tun Dr Ismail ( Sinaran TTDI ) 
SMS/WHATSAPP YOUR BOOKING AT 012-2069872. 

One Comment

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.