Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Restoran Burger & Lobster Chinatown London Leicester Square

United Kingdom menyajikan banyak menu-menu gourmet yang hebat dan sedap. Antara yang menjadi pilihan ramai pelancong kalau ke London, ialah mencuba menu Burger dan Lobster. Paling terkenal dengan menu-menu ini ialah restoran yang menjadi pilihan ramai di sini ialah Restoran Burger & Lobster Chinatown London.

Lokasi restoran ‘Burger & Udang Kara’ ini lebih dikenali sebagai Leicester Square, berdekatan dengan kawasan Chinatown London. Kalau dari stesen keretapi Underground, boleh berhenti di Stesen Leicester Square dan berjalan kaki sekitar 200 meter. Hanya mengambil masa 5 minit sahaja kalau berjalan kaki.

Baca : Hotel Mewah Umpama Buckingham Palace di London

 


Restoran Burger & Lobster Chinatown London Leicester Square

burger & lobster chinatown london
 

Kebiasaannya, mereka yang nak makan di Burger & Lobster Restaurant ini akan membuat tempahan awal. Ini kerana, kalau tak buat tempahan awal, mungkin anda perlu beratur panjang dan tak dapat masuk untuk mencuba menu di sini.

Menu pilihan ramai di Burger dan Udang Kara ini ialah menu Combo Set Burger dan Lobster berharga GBP34 (MYR184). Ia menu berbaloi kerana ia adalah menu gabungan Burger yang sedap dan juga Lobster bersaiz sektar 1lb = 0.45kg.

Untuk yang kuat makan, jangan risau, boleh order menu Udang Kara ‘Lobster Jumbo’, saiz besar 1.6kg dengan hanya harga GBP80 (MYR430) sahaja.

Tapi kalau menu biasa Combo Set Lobster berharga GBP34 ini dah cukup. Ada separuh Lobster bersaiz sederhana, burger dan juga french fries.

burger & lobster chinatown london
Menu Burger & Lobster Chinatown london

burger & lobster chinatown london

burger & lobster chinatown london

Lokasi restoran ini boleh dikatakan sangat dekat dengan tumpuan tempat menarik di Leicester Square, berdekatan dengan Chinatown London. Di sini dekat dengan kemudahan keretapi Underground di United Kingdom.

Ruang restoran tidak la besar, tetapi ia tetap selesa dengan susunan meja dan ruang makan yang agak eksklusif. Tidak hairan, ia menjadi antara pilihan ramai peminat makanan atau foodie untuk mencuba menu masakan Lobster yang sangat terkenal di London.

Baca : MrJocko dan United Kingdom

burger & lobster chinatown london

Nanti kalau singgah di Chinatown London, boleh cuba menu Lobster yang sedap dan terkenal di London ini di Burger & Lobster Restaurant. Alamat 10 Wardour St, London W1D 6QZ, United Kingdom

Layari info lanjut tentang menu dan promosi yang ditawarkan di restoran terkenal di London ini Restoran Burger Lobster Chinatown London (Leicester Square)

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.