Restoran Hadramawt Palace Kuala Lumpur Nasi Arab Sedap
|Restoran Hadramawt merupakan restoran yang agak terkenal bagi pelancong dari Timur Tengah yang mencari menu masakan arab yang sedap di Malaysia. Untuk restoran mereka di Kuala Lumpur, ia diberi nama Restoran Hadramawt Palace terletak di Bukit Bintang, di tengah bandaraya Kuala Lumpur dan ia merupakan satu lokasi mudah akses, berhadapan dengan Hospital Pakar Prince Court Kuala Lumpur.
MrJocko dijemput untuk menghadiri majlis makan malam anjuran TRAM (Travel Writers Association of Malaysia) yang diadakan di Restoran Hadramawt Palace Bukit Bintang pada minggu lepas. MrJocko akui, ini pertama kali MrJocko singgah di sini dan ia sememangnya lokasi restoran berkonsep timur tengah antara yang terbaik pernah MrJocko singgah di Kuala Lumpur.
Restoran Hadramawt Palace
Restoran Hadramawt Palace diberi nama sempena dengan nama bandar yang terdapat di Yamen. Kenapa Yamen, kerana pemilik restoran ini berasal dari Yamen. Untuk info, restoran ini telaj dibuka secara rasmi pada 1 Januari 2012 dan sehingga kini ia menjadi pilihan utama pelancong timur tengah dan warga Kuala Lumpur untuk menikmati menu masakan arab dan timur tengah.
Antara menu yang disediakan di Restoran Hadramawt Palace di Bukit Bintang ini ialah menu hummus, Tabouleh, Lamb Mandy, Lamb Haneeth, Chicken Mandy, Chicken Maqluba dan banyak lagi variasi makanan pencuci mulut dari negara Arab dan Timur Tengah.
Memang menu yang di sediakan di sini memang sedap-sedap belaka. Kambing yang diberi nama Lamb Mandy memang terbaik. Keenakkan rasa kambing yang memang lembut akan memukau rasa sesiapa saja. Tidak lupa menu ayam yang dimasak cara Yamen yang sememangnya menjadi pilihan ramai.
Kalau kita rasa nasi arab yang disediakan pun sudah cukup memberikan rasa sedap, apatah lagi bila di makan bersama daging, kambing, ayam dan pelbagai jenis side order yang ada termasuk roti yang di sediakan. MrJocko memang puas hati dengan menu yang disediakan di Restoran Hadramawt Palace Kuala Lumpur ini.
Untuk peminat makanan nasi arab dan masakan dari timur tengah, pihak Restoran Hadramawt Palace Kuala Lumpur ini menawarkan promosi terbaik sempena dengan Pakej Berbuka Puasa yang akan datang. Promosi Buffet Ramadhan Nasi Arab di Hadramawt Kuala Lumpur akan memberikan anda satu pengalaman berbuka menu nasi arab dan menu timur tengah terbaik dengan pelbagai menu terbaik dari restoran ini.
Pihak Restoran Hadramawt Palace juga akan menyediakan Air Zam Zam yang dibawa khas dari Mekah untuk setiap pelanggan mereka dan disajikan sekali dengan buah Tamar Madinah yang terbaik untuk pelanggan mereka sempena bulan puasa yang akan datang.
Untuk sebarang maklumat lanjut dan tempahan, anda boleh menghubungi :
Restoran Hadramawt Palace Kuala Lumpur
No 251 Jalan Bukit Bintang,
55100 Kuala Lumpur
Tel : 603-21433333
Restoran Hadramawt Melaka
No 15 Jalan PNBB 2
Pusat Niaga Bukit Baru,
Mukim Bukit Baru, Seksyen IV,
75150 Melaka
Tel : 016-6699444
Atau layari laman web rasmi Restoran Hadramawt Palace Kuala Lumpur
Selalu dengar restoran Rawsha di Kg Pandan jer
Mesti nak cuba lepas ni