Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Menu Masakan Cina Muslim Sedap Di Restoran Haji Sharin Low

Menu Masakan Cina Muslim Sedap Di Restoran Haji Sharin Low menjadi pilihan MrJocko baru-baru ini. Selalunya singgah makan di restoran Cina Muslim untuk menu makan malam, tetapi kali ini kami sekeluarga mencuba menu makan tengahari di restoran ini yang terletak di Bukit Antarabangsa.

Haji Sharin Low Restaurant ini, menyediakan menu masakan laut dengan gaya masakan Cina Muslim memang lokasi tempat makan yang anda mesti cuba. Ini kerana, ada beberapa menu yang memang best seperti menu Ayam Goreng Lemon, Sotong Goreng Ikan Masin, Ikan Stim Nyonya dan juga Ketam Lak Chi yang memang sedap.

Baca : Restoran Chinese Muslim Halal

Restoran Haji Sharin Low

 

Restoran Haji Sharin Low 01
Restoran Hj Sharin Low

 

Untuk peminat menu lain, jangan risau. Anda boleh cuba Udang Butter yang digoreng dengan mentega yang memang dihias cantik. Lagipun butter yang disediakan ini memang sedap. Untuk anak-anak memang sesuai sebab mereka akan leka memakan udang dan butter ini dengan nasi. MrJocko sendiri rasa udang butter di sini digoreng dengan baik dan sangat sedap.

 

Restoran Haji Sharin Low Restoran Haji Sharin Low 03 Restoran Haji Sharin Low Restoran Haji Sharin Low 05 Restoran Haji Sharin Low 06

 

Restoran Haji Sharin Low

Ada sayur Kailan Ikan Masin yang digoreng unik. Kenapa unik, sebab kulit kailan ini dikikis halus dan digoreng menjadikan rasa kailan ini lebih unik dan berbeza dari menu biasa.

 

Restoran Haji Sharin Low 07 Restoran Haji Sharin Low 08 Restoran Haji Sharin Low 09 Restoran Haji Sharin Low

 
Baca : Laman Web Restoran Haji Sharin Low Chinese Muslim

 

Pertama kali MrJocko mencuba menu Ikan Siakap Stim Nyonya dan juga keenakkan Ketam Lak Chi yang memang berbeza dari menu yang pernah dicuba di restoran lain. Semestinya, ini antara menu yang memang berbeza dan perlu anda cuba jika anda peminat menu masakan laut. 

Restoran Haji Sharin Low ini mula-mula ditubuhkan pada tahun 2009 di Bukit Antarabangsa, Ampang, Selangor. Kini mereka mempunyai dua lagi cawangan yang terletak di Taman Sri Gombak dan juga di Harbour Place Klang.

Bagi anda yang nak cuba menu-menu sedap ini, apa kata berkunjung ke Restoran Hj Sharin Low di lokasi berhampiran anda.

Restoran Haji Sharin Low, No. 1 & 3 Lorong Wangsa, Bukit Antarabangsa, 68000 Ampang, Selangor. Telefon : 03-41066678

Restoran Haji Sharin Low, Jalan SG 3/10, Taman Sri Gombak, 68100 Batu Caves, Selangor. Telefon : 016-6887800

Restoran Haji Sharin Low, Harbour Place, Lot 6683, Persiaran Raja Muda Musa, 41200 Klang, Selangor. Telefon : 019-3566883

 

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.