Restoran Halal Di Pak Bara Fasai Seafood Restaurant
|Restoran Halal Muslim paling popular di Pak Bara mungkin layak diberikan kepada Fasai Seafood Restaurant, salah satu restoran Muslim yang terletak di persisir pantai Pak Bara, kira-kira 2km sahaja dari Jeti Pak Bara. Rata-rata pelancong Muslim yang ke sini, pasti akan singgah di restoran terkenal di Pak Bara ini.
Kali pertama MrJocko singgah makan di Restoran Fasai Seafood pada tahun 2013 ketika pertama kali jejak kaki ke Satun Province. Cerita pasal review makan di sini tahun 2013 boleh baca di pautan ini, Fasai Seafood Lanka Beach.
Restoran Halal Di Pak Bara Fasai Seafood Restaurant
Sebut sahaja restoran Fasai Seafood di Pak Bara, semua orang akan tahu, ia restoran terkenal di Pak Bara.
Mengikut kata Tour Guide MrJocko, restoran ini paling reasonable dari segi kualiti menu makanan, lokasi yang strategik, kawasan yang luas, pilihan pelbagai menu makanan seafood dan western yang agak banyak dan punyai rasa yang paling disukai oleh hampir semua pelancong yang pernah mencuba menu makanan di sini.
Secara peribadi, kalau nak makan menu sedap dan ada kualiti asli Thailand, di sini memang tempatnya. Berbaloi dengan harga dan lokasi.
Kalau sebelum ini ada menu Udang Kara, nampaknya kali ini kami cuba menu Ikan Siakap Stim, Ikan Goreng Garing, Sotong Masak Manis, Kepah Pedas, Kerabu Mangga dan juga sayur.
Untuk kali ini, menu untuk makan tengahari. Kalau ikutkan portion yang dihidang kira agak banyak berbanding menu sebelum ini, menu makan malam.
Untuk pelancong yang datang ke sini, boleh memilih untuk makan di beberapa meja yang tersedia. Ada meja yang diletakkan dalam bilik berhawa dingin, meja di kaki pantai menghadap Laut Andaman dan juga meja di bahagian agak ke dalam sedikit tetapi masih lagi dikawasan terbuka.
Untuk menu 2 ornag atau 4 orang tidak jadi masalah. Sekejap sahaja boleh disiapkan. tetapi, jika datang dengan kumpulan yang besar, sudah pasti lah lebih bagus kalau membuat pesanan terlebih dahulu untuk mengelakkan kelewatan.
Nak tau lebih lanjut apa lagi yang dihidangkan di Fasai Seafood Restaurant Pak Bara ini boleh la lihat di sini.