Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Sagarmatha Restoran Halal Di Tempozan Osaka Jepun

Masa MrJocko guna Osaka Daily Subway Pass, banyak destinasi sempat MrJocko pergi dengan hanya bayar Yen600 sahaja untuk seorang. Dari Osaka Station, MrJocko pergi ke Tempozan Marketplace. Di sinilah MrJocko sempat singgah dan cuba Restoran Sagarmatha Restoran Halal Di Tempozan Osaka Jepun.

Restoran milik warga India dan Nepal ini menyediakan menu masakan Halal Muslim. MrJocko sempat tanya Chef dan Owner, katanya menu daging dan ayam yang digunakan dari sumber daging Halal yang ada dijual di Jepun.

Baca : Tempat Wajib Lawat Di Osaka Tempozan Wheel

Sagarmatha Restoran Halal Di Tempozan Osaka

Restoran-Halal-Di-Tempozan-Osaka

 

Restoran Sagarmatha di Tempozan ini tidak jauh dari Tempozan Ferris Wheel. Kalau korang turun dari stesen subway Osakajo Station, korang akan jumpa restoran halal ini disebelah kiri anda dalam jarak 100 meter sahaja.

Menu yang ada di sini boleh tahan juga. Yang MrJocko perasan di sini ada banyak menu Lunch. Kata owner kedai, mereka juga menyediakan menu makan malam.

 

Restoran-Halal-Di-Tempozan-Osaka Restoran Halal Di Tempozan

 

Harga menu makanan halal di restoran ini bermula dari harga Yen 790. Kalau nak set, boleh pilih set ayam atau kambing dengan harga bermula dari Yen 1,090.

Antara menu yang MrJocko cuba ialah Cheese Naan Ayam, Sosej Kambing, dan juga Tandoori.

 

Restoran Halal Di Tempozan Restoran-Halal-Di-Tempozan-Osaka Restoran-Halal-Di-Tempozan-Osaka

 

Macam set ini, kami berdua boleh makan sampai kenyang. Baru harga Yen 1,500++ (RM60). Kira murah la jugak. Sebab ada yang kami tapau sebab tak abis makan kat sini.

Kalau nak jimat, tak payah order air sebab air kosong di sini adalah Percuma. Lagi sihat kalau selalu minum air kosong.

Pilihan menu makanan halal di restoran Sagarmatha ni korang boleh lihat di senarai menu yang MrJocko kongsi. Mana tahu korang nak cuba menu makanan halal yang lain.

Dari segi rasa, boleh tahan sedap. Rasa roti naan memang segar. Ayam pun tak rasa lama serta panas sosej kambing tu memang sedap. MrJocko rasa sebab ia dibuat masa selepas kami order. Jadi makanan adalah segar dan baru. Fresh dari dapur, sebab itulah ia sedap.

Kalau ke Tempozan Marketplace Osaka, boleh la cuba review pulak Sagarmatha Restoran Halal Di Tempozan Osaka.

Kalau nak beli Osaka Amazing Pass atau Subway Pass, boleh baca sini :

Harga Osaka Daily Subway Pass Cuma 600 Yen Untuk Seorang

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.