Site icon Travel Blogger Malaysia

Restoran Halal – Lion City Ho Chi Minh

LionCityHalal02

Hari terakhir, Isnin 13 Februari, kami habiskan masa yang tinggal dengan jalan-jalan sekitar Ho Chi Minh sajer. Bermula selepas check out hotel, kul 12.00pm, kami singgah makan di restoran Lion City Halal Food. Restoran ni sebelah sajer dengan Mifuki Boutique Hotel Saigon.
Memang aku tak plan pun, kebetulan lalu, terus nampak ada Halal Restoran. Dah malas nak jalan jauh, kami singgah jer. Restoran Halal ini berada di tingkat dua dan dekorasi dalaman dalam restoran Lion City ni memang elegan dan cantik sekali. Terasa macam kat rumah pulak.

Kalau korang nak cari restoran Lion City Halal ni, boleh cari Jalan Le Anh Xuan, District 1. Pun dekat sajer dengan New World Hotel dan ben Thanh market.

Restoran Lion City Halal ni adalah salah satu branch dari beberapa branch yang ada di Vietnam. Owner restoran ni, katanya orang Singapura. First Floor adalah Bistro dan Second Floor adalah restoran halal. Menu yang di sediakan di Lion City ini adalah kombinasi masakan terkenal di Singapura dan juga ada citarasa orang Malaysia. 

Hari tu kami order Nasi Lemak, Nasi Goreng Seafood dan juga Mee Goreng Singapura. Air pula, aku cuba Teh Tarik dan juga Teh O Ais. Cuba tengok nasi lemak yang di sediakan, berbeza sedikit dengan nasi lemak di Malaysia. Ada tambahan Ikan Kering dan jugak Sambal Cili Kering. tapi rasanya tetap sedap.
Nasi Goreng Seafood seperti biasa memang sedap. Mee Goreng pun tak jauh beza dengan rasa di Malaysia. Kira kalau makan kat sini, terubat kerinduan masakan Malaysia, cewahhh!!!

Teh Tarik Lion City pun BEST… 

Harga makanan hari tu cuma 356,000 Dong sahaja atau RM52

Bergambar sebelum pulang.

Kalau korang nak pilihan selain VN Halal dan Vietnam Delights, korang boleh cuba Lion City Cafe and Restaurant di Saigon ni. Ia menyediakan masakan terhebat menu-menu terbaik dari negara Singapore seperti  slogan restoran mereka “The Very Best Singapore in Saigon”.

MrJocko.com

Exit mobile version