Restoran Halal Muslim Di Resort Bangphlat Bangkok Menu Tradisional Thailand
|Yang nak travel ke Bangkok, makanan sebenarnya tidak menjadi masalah besar. Samada gerai, restoran atau hotel 5 bintang, ada banyak menu yang menyediakan menu makanan Halal Muslim. Antara yan terkenal di Bangkok ialah Restoran Halal Muslim Di Resort Bangphlat Bangkok Menu Tradisional Thailand.
Resort yang mana pemiliknya ini orang Muslim, menyediakan resort yang sangat cantik di persisir Sungai Chao Phraya Bangkok dengan pilihan bilik penginapan tradisional dan menu makanan tradisi rakyat Thailand dengan hidangan makanan Halal Muslim.
Restoran Halal Muslim Di Resort Bangphlat Bangkok
Baca : MrJocko dan Pengalaman Bercuti di Bangkok
Nak cari lokasi Resort Bangphlat Bangkok tidak susah. Kalau menggunakan servis Teksi atau Grab, tunjuk sahaja alamat, senang mereka cari. Tetapi kalau nak gunakan Bas atau Keretapi, ia agak jauh.
Namun, kalau anda seorang yang sukakan cabaran, untuk backpakers contohnya, tidak la susah sangat.
Kalau nak kirakan jauh, ia hanya sekitar 10 km dari pusat bandar Bangkok, dan ia berdekatan dengan Dusit Zoo dan juga dekat dengan Chatuchak.
Memandangkan menu untuk kami cuba di sini adalah menu makan malam, sudah pasti ada pelbagai menu istimewa yang boleh kami cuba. Seperti biasa, kalau ke Thailand, antara menu utama ialah menu ikan siakap, udang celup tepung, isi ketam goreng dan juga Tomyam.
Untuk info, hidangan yang MrJocko kongsi di sini antara menu yang ada di Resort Bangphlat Bangkok. Untuk menu makan tengahari dan makan malam, semua menu boleh anda cuba, termasuk pencuci mulut yang sangat sedap.
Sebab kami tidak ramai, tak perlu la membazir makan menu yang banyak. Cukup la beberapa menu istimewa dan semestinya menu tradisi yang menjadi menu pilihan atau signature dish di Restoran Resort Bangphlat Bangkok ini.
Yang menjadi pilihan ayam rempah yang di goreng dengan sos cili Thai. Tak lupa, isi ketam yang dimasak goreng dengan beberapa campuran rempah dan ulam. Rasa lain, dan mungkin ada kat sini sahaja.
Untuk anda yang nak rasa kelainan bercuti di Bangkok, boleh cuba pengalaman menginap dan makan di Resort Bangphlat Bangkok. Layari laman web mereka di sini Resort Bangphlat Bangkok Thailand.