Restoran Halal Muslim Pasha Incheon Airport Branch
|Ada satu lagi Restoran Halal Muslim yang baru dibuka di Incheon Airport. Ia menyediakan menu masakan Turki dan memang terkenal di Seoul. Oleh itu, sebelum departure nak balik ke Malaysia, MrJocko singgah untuk review Restoran Halal Muslim Pasha Incheon Airport Branch.
Restoran Halal Muslim Pasha Turkish ini terletak di Tingkat 4F, satu tingkat sebelum nak masuk ke Perlepasan Antarabangsa (International Departures). Maksudnya, kalau korang berada di Incheon Airport, tak perlu risau, boleh makan bila korang keluar dari Imigresen dan Kastam, atau sebelum masuk, makan dulu sehingga kenyang.
Baca : Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon Korea Selatan
Restoran Halal Muslim Pasha Incheon Airport Branch
Note : Gambar diambil menggunakan kamera Sony RX100 Mark4 #RX100M4
Untuk info, Pasha betapak di Korea dengan mempunyai restoran yang agak besar dan terkenal di Seoul, iaitu di Seocho-dong, Seocho-gu, Seoul, South Korea. Kalau nak ke sana, boleh lihat sendiri restoran Turki yang terkenal dengan menu masakan Turki seperti Kebab dan Simit Bakery.
Pasha offers a range of delicious traditional Turkish kebabs. Skillful chefs elaborately roast kebabs in a brick oven, giving their kebabs an authentic taste. In addition, the restaurant’s interior is beautifully decorated, and the Turkish hospitality creates a comfortable ambience for restaurant-goers. All of Pasha’s chefs have more than 20 years of experience, and are experts at their craft.
Nak baca review tentang Pasha Restaurant Seoul boleh baca di sini – https://www.tripadvisor.com.my/Restaurant_Review-g294197-d2508321-Reviews-Pasha_Turkish_Kebab_Food_House-Seoul.html
http://english.visitkorea.or.kr/enu/FOD/FO_EN_6_4_4.jsp?cid=1830423
Di Incheon Airpot ini, mereka hanya mempunyai satu kiosk sederhana besar dan cukup untuk menyediakan menu masakan halal kepada pengunjung Muslim atau mereka yang nak mencuba menu dari negara Turki ini.

Ketika singgah makan di Restoran Halal Muslim Pasha Incheon ini, MrJocko mencuba menu Rice Doner Kebab Beef berharga 7,800 Won. Member yang dua orang lain makan Tortilla Doner Kebab Chicken 6,500 Won.
Untuk menu Rice Doner Kebab Beef, portion yang diberi agak besar dan boleh kenyang. Cuma MrJocko lupa air tin itu adalah termasuk dalam Set atau kena tambah bayar lain sebab yang bayar ialah Tour Leader kami :).

Sebenarnya masa ni kami lapar sangat, sebab MrJocko sendiri tak sempat nak sarapan pagi sebelah pagi. Jadi bila nampak menu makanan halal muslim, tambah lagi ada daging, teruja sampai lupa nak ambik gambar makanan :).
Apapun rasa Rice Doner Kebab Beef ini memang sedap sangat. Mungki sebab dah lama, hampir seminggu tak makan daging, jadi terasa sangat kesedapannya. Kira daging yang dimasak tu boleh dikatakan agak segar dan ada rasa, tak seperti daging yang kering.
Untuk FAM Trip ke Gangwon Province kali ini, pengalaman menjelajah Wilayah Gangwon di Korea Selatan memang menakjubkan. Menu makanan Muslim Friendly Food pun memang menarik. http://www.mrjocko.com/2017/05/muslim-friendly-food-di-korea.html
Nak travel ke Korea jangan risau sebab sekarang sudah ada banyak restoran menyediakan menu makanan halal. InsyaAllah, lepas ni akan ada banyak lagi sebab mereka dalam prose menambahbaik restoran halal Muslim di Korea di bawah nasihat dan kerjasama Korea Tourism Organization dan Korean Muslim Federation.